web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terbuka AS: Sze Fei-Nur Izzuddin Hampiri Gelaran Juara Pertama Tahun Ini

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2023 12:03PM

Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Ramsani - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kini semakin hampir untuk memenangi gelaran pertama mereka tahun ini, selepas layak ke final badminton Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2023, pada Sabtu.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu, hanya memerlukan 35 minit untuk mengetepikan cabaran pasangan pilihan kelima kejohanan dari China Chen Bo Yang-Liu Yi, 21-14, 21-17, pada perlawanan separuh akhir pada kejohanan yang berlangsung di Pusat Mid-America, Council Bluffs, Iowa.

Pasangan kembar dari Taiwan Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen menjadi cabaran Sze Fei-Nur Izzuddin di final selepas pasangan pilihan ketujuh kejohanan itu, menewaskan pasangan senegara Lin Yun Chieh-Su Li Wei, 21-17, 21-12, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Pasangan Malaysia itu berpeluang untuk memecah kebuntuan tanpa gelaran selama lebih setahun selepas kali terakhir mereka melakukannya di Terbuka Jerman 2022, dengan menewaskan pasangan dari China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, 23-21, 16-21, 21-14.

Terbuka AS ini merupakan kejohanan pertama buat pasangan ke-53 dunia itu, selepas mereka berpisah pada Februari tahun ini, dan kembali bersama bulan lepas. -- BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar