web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sri Pahang Gugat Kedudukan Selangor, Kedah Balas Dendam 

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2023 10:06AM

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya membalas dendam apabila mengalahkan PDRM FC 2-0 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sri Pahang FC memberi tentangan sengit kepada Selangor FC dalam carta Liga Super 2023 selepas menang tipis 1-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.

Jaringan tunggal dicipta pemain import Filipina, Kevin Ingreso pada minit ke-50 sudah memadai buat skuad Tok Gajah menyamakan pungutan 34 mata selepas 16 perlawanan di tangga ketiga manakala Selangor di tangga kedua dengan kelebihan jumlah jaringan.

Bagaimanapun, Selangor yang ketinggalan cuba mengandakan usaha bagi memburu gol penyamaan pada babak kedua perlawanan, namun benteng pertahanan skuad tuan rumah kendalian Ahmad Fandi kental sehingga penghujung perlawanan.

Sementara dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Kedah Darul Aman FC (KDA FC)  berjaya membalas dendam apabila mengalahkan PDRM FC 2-0.

KDA FC sebelum ini tewas 0-1 kepada PDRM FC, Mac lalu.

Pada perlawanan semalam, gol pendahuluan perlawanan bagaimanapun hanya muncul di minit ke-79 hasil jaringan penalti Ifedayo Olusegun sebelum Lee Tuck menambah jaringan kedua skuad Sang Kenari di masa kecederaan juga menerusi penalti.

Kemenangan tersebut membolehkan KDA FC memintas Sabah FC di kedudukan keempat liga dengan mengutip 31 mata manakala PDRM FC di tangga kelapan dengan 22 mata. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 17 minit yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi