web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Misbun Mahu Beri Peluang Seimbang, Belajar Daripada Pengalaman Lepas

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 12:37PM

Misbun Sidek - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Datuk Misbun Sidek akan cuba memberi peluang lebih seimbang kepada anak buahnya dalam acara berpasukan pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia dari 7-16 Julai ini.

Misbun berkata prestasi hambar pemain muda negara pada Kejohanan Remaja Dunia di Santander, Sepanyol, Oktober lepas memberi pengalaman berguna kepadanya lebih-lebih lagi dalam aspek kebergantungan kepada pemain tertentu.

“Sewaktu Kejohanan Remaja Dunia kebanyakan pemain bagi acara berpasukan tak main acara individu, tapi kita pula gunakan Justin Hoh (perseorangan lelaki) untuk bermain kerana kita lawan negara yang lebih kuat dan main banyak pusingan. Jadi sewaktu masuk individu, ada pemain yang tak main acara berpasukan (telah) main individu dan kita terperangkap di situ.

“Kali ini kita siapkan pemain supaya mereka lebih bersedia, selain mahu seimbangkan lapisan pemain perseorangan agar mereka boleh bertukar ganti untuk mana-mana pertarungan (acara berpasukan),” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Justin Hoh
Justin Hoh

Daripada keseluruhan enam perlawanan acara berpasukan termasuk tiga aksi kumpulan di Kejohanan Remaja Dunia, Misbun menurunkan Justin sebanyak lima kali, manakala pemain perseorangan wanita Siti Nurshuhaini Azman pula bermain empat kali.

Malaysia yang gagal ke suku akhir di Sepanyol selepas hanya meraih naib juara Kumpulan A di belakang musuh tradisi Indonesia, menamatkan acara berpasukan di tangga kesembilan menumpaskan Denmark, 4-1.

Lebih menyedihkan apabila buat pertama kali, tiada pemain kebangsaan yang layak ke suku akhir bagi saingan individu pada kejohanan tersebut.

Ini merupakan kali kedua berturut-turut Malaysia pulang dengan tangan kosong selepas edisi 2019 di Kazan, Rusia.

Walaupun pemain dilihat sudah bersiap sedia menggalas tugas membawa cabaran negara di Indonesia, Misbun berharap skuad negara tidak memandang ringan cabaran dalam Kumpulan C terdiri daripada India, Bangladesh dan Hong Kong.

Legenda badminton negara itu yang berharap skuad kebangsaan mampu ke suku akhir, mengakui pihaknya tidak dapat membaca corak permainan pemain lain memandangkan kurangnya pertandingan di peringkat remaja.

Siti Zulaikha Azmi
Siti Zulaikha Azmi

Bekas jurulatih perseorangan negara berusia 63 tahun itu juga berharap pemain perseorangan lelaki, Eogene Ewe dan wakil perseorangan wanita, Siti Zulaikha Azmi dapat menyerlah bagi saingan individu dalam kejohanan itu. 

Kali terakhir Malaysia memenangi acara berpasukan di kejohanan tersebut ialah pada 2009 ketika menjadi tuan rumah, manakala pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao muncul wakil terakhir menjuarai acara individu pada edisi 2017 di Jakarta, Indonesia. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad