web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harimau Malaya Capai Ranking Terbaik Dalam Tempoh 17 Tahun

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 8:53PM

Skuad Harimau Malaya kini berada di posisi ke-137 dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia terus menunjukkan peningkatan apabila naik satu anak tangga di posisi ke-137 dalam kemas kini terbaharu ranking  Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ia merupakan kedudukan terbaik Malaysia dalam tempoh 17 tahun sejak berada di posisi ke-127 pada Mei 2006.

Berdasarkan laman web www.fifa.com, peningkatan itu disumbang 9.44 mata yang diraih pasukan negara dalam dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Terengganu bulan ini, sekali gus membolehkan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon mengumpul keseluruhan 1,091.57 mata.

Dalam dua aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus itu, anak buah Pan Gon menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 dan membelasah Papua New Guinea 10-0.

Kemas kini ranking turut menyaksikan Malaysia menghuni tempat ke-24 terbaik Asia dan keempat Asia Tenggara di belakang Vietnam (95), Thailand (113) dan Filipina yang menduduki tangga ke-135.

Negara jiran, Indonesia turun satu anak tangga di posisi ke-150 sementara Singapura kekal di tempat ke-158.

Juara Piala Dunia 2022, Argentina kekal sebagai pendahulu ranking dunia diikuti Perancis di tempat kedua, Brazil (ketiga), England (keempat) dan Belgium melengkapkan pasukan lima teratas.

Bagi zon Asia, lima pasukan terbaik adalah Jepun yang berada di posisi ke-20, Iran (22), Australia (27), Korea Selatan (28) dan Arab Saudi ke-53.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempunyai misi untuk memastikan skuad Harimau Malaya menembusi kelompok 130 terbaik dunia pada hujung tahun ini. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan