web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hatrik Arif Aiman Bantu JDT Mara Ke Final Piala FA

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 7:00AM

Arif Aiman meraikan jaringan bersama Diogo Luis Santo ketika menentang Selangor FC pada perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Jaringan hatrik pemain muda sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi membantu juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), melangkah ke pentas final Piala FA selepas menewaskan Selangor FC 4-0 pada perlawanan separuh akhir di sini, malam tadi.

Pada aksi tumpuan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu, Arif Aiman yang meledak empat gol bersama skuad kebangsaan minggu lalu, hanya memerlukan 18 minit pada separuh masa pertama untuk menjaringkan tiga gol, ketika berhadapan skuad Gergasi Merah bimbingan Tan Cheng Hoe.

Pemain sayap berusia 21 tahun itu, menjaringkan gol pembukaan skuad Harimau Selatan pada minit ke-20, selepas melepasi kawalan pemain pertahanan Quentin Cheng dengan larian pantasnya dari tengah padang, sebelum melepaskan rembatan menewaskan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid di gawang.

Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan musim lepas itu, kemudian meledak jaringan peribadi keduanya menerusi percubaan dari luar kotak penalti pada minit ke-33, selepas menampilkan kawalan bola yang baik untuk menembusi barisan pertahanan Selangor.

Beliau meraih hatrik lima minit berselang, apabila memanfaatkan hantaran rakan sepasukan Fernando Forestieri untuk menewaskan Mohd Khairulazhan buat kali ketiga, sekali gus menambah derita pasukan pelawat.

Bersambung babak kedua, JDT yang dibimbing Esteban Solari terus ghairah memburu gol yang menyaksikan Forestieri berjaya mencetak nama sebagai penjaring dua minit, selepas rehat.

Selangor yang tumpul di babak pertama memiliki beberapa peluang keemasan untuk mengurangkan defisit gol, terutama menerusi pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim, namun dua percubaannya dari jarak dekat berjaya dinafikan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Kedudukan 4-0 kekal sehingga wisel penamat, untuk membolehkan JDT mara ke final sekali gus berpeluang mempertahankan gelaran yang dimenangi mereka, musim lalu.

Menanti JDT di pentas final adalah Kuala Lumpur (KL) City FC. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad