web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengguguran, Pengambilan Atlet Ke Program RTG Bakal Dibincang Minggu Depan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 5:09PM

Stuart Ramalingam - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Keputusan sama ada menggugurkan atau mengekalkan senarai atlet yang kini berada dalam program Road To Gold (RTG), akan dibincangkan jawatankuasa program berkenaan pada mesyuarat kedua yang dijadual minggu depan.

Koordinator RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata Sekretariat RTG, bakal membentangkan laporan berhubung prestasi semasa atlet, sebelum jawatankuasa memutuskan sama ada mahu menggugurkan atau membawa masuk atlet baharu, ke dalam program tersebut.

“Sebagaimana kita tahu, RTG ada kriteria perlu dipenuhi untuk penerimaan dan pengguguran setiap atlet, mereka juga tahu. Prestasi semasa ialah penting bagi membolehkan mereka kekal dalam RTG.

“Bukan saya buat keputusan mengenai senarai atlet RTG, tetapi kita akan kemukakan prestasi semasa atlet dan Jawatankuasa akan buat keputusan untuk gugurkan atau terima atlet baru dalam RTG,” katanya selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada atlet yang membawa cabaran negara ke Sukan Olimpik Khas Dunia 2023 di Berlin, Jerman, di sini hari ini.

Atlet negara yang berhasrat beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih berpeluang untuk membuktikan kemampuan memandangkan kelayakan ke temasya empat tahun sekali itu baru sahaja bermula bagi sukan-sukan tumpuan Malaysia seperti badminton dan berbasikal trek. 

Namun, baru-baru ini beberapa atlet yang berada dalam program RTG, mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan seperti beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing sehingga tercicir  daripada kedudukan 10 teratas dunia, sekali gus menimbulkan persoalan.

Justeru, Stuart berkata tidak semua atlet yang tidak berada dalam kedudukan ranking 10 terbaik dunia perlu dikeluarkan daripada senarai RTG, mengambil kira terdapat atlet yang turun kedudukan mereka disebabkan mengalami kecederaan.

“Semua perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti. Saya bukan orang teknikal, jadi tidak boleh beri banyak komen mengenai perkara tersebut. Atlet tahu mengenai perkara ini kerana mereka sudah bersetuju dengan kriteria penerimaan dan pengguguran daripada RTG,” jelasnya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan