web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekalahan Beregu Badminton Malaysia: ‘Tahniah, Anda Sudah Lakukan Yang Terbaik’ – Syed Saddiq

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 7:17AM

Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Meskipun tewas pada aksi final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam, semangat juang ditunjukkan beregu wanita badminton negara, Pearly Tan dan M Thinaah serta beregu lelaki, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun hingga saat akhir perlawanan, menerima pujian ramai.

Ia turut diberikan mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu serta menyifatkan mereka sudah menunjukkan persembahan terbaik.

“You have performed your best (Anda sudah melakukan yang terbaik). Tahniah Pearly/Thinaah dan Wei Chong/Kai Wun!

“Minggu ini Axiata Arena macam bergegar sikit tak? I can hear all the cheers for the epic smashes, saves and even the unbelievable long rally from here! (Saya boleh mendengar semua sorakan untuk pukulan hebat, ‘balasan semula’ dan berbalas bulu tangkis dalam tempoh lama yang luar biasa dari sini!,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Beliau turut memuji sikap positif rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada atlet negara.

“Rakyat Malaysia memang padu bab sokong atlet negara kita.

“Teruskan beri sokongan kepada mereka. Because that’s what makes them stronger (kerana ia menjadikan mereka lebih kuat),” katanya.

Pearly dan Thinaah terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan pertama mereka di laman sendiri selepas tewas pada aksi final kejohanan itu.

Gandingan negara bermula sedikit goyah apabila ketinggalan di belakang pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee dengan mata 4-6, sebelum situasi cemas seketika susulan pengadil memberhentikan perlawanan selama empat minit, bagi memberi laluan Pearly mendapatkan rawatan akibat kecederaan di betis kirinya ketika Malaysia mendahului 19-16.

Berikutan itu, pasangan Korea Selatan berjaya mencuri kesempatan untuk mengejar mata dan menamatkan saingan set pertama dengan kemenangan 22-20.

Sokongan serta sorakan gemuruh penonton yang memenuhi Axiata Arena membakar semangat Pearly dan Thinaah untuk bangkit menguasai perlawanan kedua dengan 21-8, seterusnya mengheret perlawanan ke saingan penentuan.

Ketinggalan 10-16, pasangan negara cuba bangkit untuk mengejar kedudukan, namun ternyata kehebatan pemain Korea Selatan itu lebih terserlah untuk menamatkan set penentuan dengan kemenangan 21-17 dalam saingan sepanjang satu jam 41 minit.

 Man Wei Chong-Tee Kai Wun
Man Wei Chong-Tee Kai Wun

Manakala, Wei Chong dan Kai Wun terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara kejohanan itu selepas tewas di tangan Kang Ming Hyuk dan Seo Seung Jae dari Korea Selatan

Kebangkitan cuba dicetuskan Wei Chong dan Kai Wun dengan memenangi set kedua, selain dibantu satu mata percuma yang diberikan pengadil di set ketiga gagal membawa mereka merangkul gelaran sulung musim ini.

Pasangan ranking ke-26 dunia itu, tewas 15-21, 24-22, 19-21.

Wei Chong dan Kai Wun diberi satu mata percuma di set ketiga selepas pengadil mendapati Ming Hyuk sengaja melengah-lengahkan masa ketika ketinggalan 7-8, sekali gus memberi mata kesembilan buat pasangan negara.

Aksi set ketiga selepas itu menyaksikan kedua-dua pasangan saling mengejar mata, sehingga terikat 18-18, sebelum Ming Hyuk dan Seung Jae menamatkan permainan dengan kemenangan 21-19. – Getaran, 29 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar