web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Pilih Tat Meng Sebagai Pengarah Kejurulatihan Team LZJ

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 8:02PM

Wong Tat Meng - Gambar dari Twitter @Team LZJ

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara Lee Zii Jia memilih bekas pemain badminton negara Wong Tat Meng sebagai Pengarah Kejurulatihan Team LZJ yang baharu dalam usahanya untuk layak ke Olimpik Paris 2024.

Kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman Twitter rasmi Team LZJ hari ini memaklumkan bahawa, bekas pemain berusia 56 tahun itu, membawa bersama pengalamannya yang meluas sepanjang tempoh beliau menjadi jurulatih bersama pasukan kebangsaan Malaysia, Indonesia, Scotland, Korea Selatan, dan juga Hong Kong.

Lee Zii Jia - Gambar fail
Lee Zii Jia - Gambar fail

“Beliau akan mula melatih Zii Jia sebaik sahaja proses pemindahannya dari Hong Kong ke Malaysia selesai.

“Tugas pertama jurulatih Tat Meng ialah menyediakan satu program yang dapat membantu Zii Jia mencapai prestasi konsisten, memperbaiki ranking dunia dan juga layak ke Sukan Olimpik Paris 2024,” menurut kenyataan itu.

Tat Meng merupakan salah seorang watak utama yang membawa skuad wanita Korea Selatan ke Piala Uber 2022 di Impact Arena di Thailand tahun lepas.

Korea Selatan menewaskan juara bertahan China 3-2, untuk merangkul Piala Uber buat kali kedua dalam sejarah, selepas memenanginya pada 2010.

Zii Jia telah beraksi tanpa jurulatih sepenuh masa sejak berpisah dengan bekas jurulatihnya Indra Wijaya dari Indonesia, November tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Isu Pakaian: BAM Perlu Peka Kontrak Antara Pemain Profesional, Penaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad