web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukan Mesti Dijauhkan Daripada Politik - Hannah

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 4:20PM

Hannah Yeoh (tengah) bergambar bersama peserta selepas merasmikan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebaik-baik sukan itu mesti dijauhkan daripada politik, demikian reaksi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung penglibatan orang politik dalam mana-mana persatuan sukan.

Bagaimanapun, Hannah tidak menolak kemungkinan akan kepentingan individu berpengaruh bagi memperoleh dana mencukupi serta menyelesaikan masalah kekangan kewangan persatuan sukan terlibat.

Hannah Yeoh menyaksikan aksi wushu selepas merasmikan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.
Hannah Yeoh menyaksikan aksi wushu selepas merasmikan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

“Tapi cuma untuk pastikan reset sukan negara ini berlaku, persatuan perlu mempunyai dana yang mencukupi untuk bangunkan sukan tersebut.

“Sebab itu juga bila mereka nak cari dana, mereka akan cari tokoh-tokoh yang mempunyai pengaruh untuk bantu cari dana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

Hannah Yeoh
Hannah Yeoh

Menurutnya sebagai permulaan, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam menjayakan reset sukan negara tersebut berikutan bakat-bakat muda hadir daripada institusi sekolah serta pengajian tinggi.

Antara aksi silat pada Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.
Antara aksi silat pada Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

"Untuk kita pastikan kita dapat platform paling besar bagi mendapatkan bakat-bakat baharu ini, kita tidak boleh bergantung kepada MSN (Majlis Sukan Negara), Putrajaya atau di peringkat kebangsaan sahaja.

"Kita perlu pergiatkan lagi dan saya percaya dengan adanya geran padanan yang diberikan Kementerian Kewangan sebanyak RM40 juta tahun ini, lebih banyak kejohanan seperti hari ini dapat dilaksana yang anak-anak kecil boleh datang bersama dan melahirkan minat baharu dalam sukan," katanya.

Isu reset sukan negara mula menjadi topik panas, susulan rekod terburuk kontinjen Malaysia yang gagal mencapai sasaran 40 pingat emas, serta menamatkan cabaran di kedudukan ketujuh secara keseluruhan di Sukan SEA 2023 Kemboja. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad