web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Sudirman: Kemaraan Malaysia Di Peringkat Akhir Disekat Korea Selatan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 8:16PM

Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang diharap dapat menyamakan kedudukan ketika kem badminton negara ketinggalan 1-2, tewas mengejut kepada pasangan Korea, Kim Won Ho-Na Sung Seung. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasrat skuad badminton negara untuk beraksi kali pertama di pentas final Piala Sudirman tidak kesampaian apabila dikecewakan Korea Selatan 1-3 pada aksi separuh akhir kejohanan yang berlangsung di Suzhou, China hari ini.

Paling menghampakan apabila beregu lelaki utama negara yang menduduki rangking kedua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang diharap dapat menyamakan kedudukan ketika kem badminton negara ketinggalan 1-2, tewas mengejut kepada pasangan Korea, Kim Won Ho-Na Sung Seung 12-21, 11-21.

Suasana di venue pertandingan yang riuh dengan sorakan padu penyokong Malaysia gagal untuk membangkitkan semangat Aaron-Wooi Yik bagi menyumbang kutipan mata untuk kem Malaysia. 

Ia sekali gus memberikan kemenangan 3-1 kepada Korea Selatan dan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan hanya membawa pulang pingat gangsa dalam kejohanan yang diadakan sejak 1989.

Pencapaian itu mengulangi rekod pencapaian terbaik yang pernah dicatat sebelum ini apabila skuad badminton negara mara ke separuh akhir pada edisi 2009 di Guangzhou, China dan 2021 di Vantaa, Finland.

Sebelum itu, Malaysia bermula dengan langkah kiri apabila beregu campuran negara iaitu juara Orleans  Masters tahun ini Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas  21-11, 13-21, 7-21 kepada pasangan nombor lima dunia Seo Seung Jae-Chae Yu Jung.

Namun pemain perseorangan utama lelaki negara  Lee Zii Jia kembali memberikan harapan kepada peminat badminton negara apabila menunjukkan aksi cemerlang dengan menundukkan mudah Jeon Hyeok Jin 21-11, 21-9 dalam perlawanan yang hanya berlangsung 35 minit.

Pemain perseorangan wanita negara K Letshanaa yang diharap dapat membuat kejutan, terpaksa akur dengan kehebatan pemain perseorangan wanita kedua dunia  An Se Young   10-21, 13-21.

Meskipun perjuangan skuad negara terhenti di tangan Korea Selatan, Malaysia hakikatnya telah menepati sasaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang meletakkan negara layak ke separuh akhir.

Kali terakhir skuad negara mengatasi Korea Selatan adalah pada 2015 apabila menang pada peringkat Kumpulan D 3-2, namun tumpas pada peringkat suku akhir dengan pasukan sama 3-1. 

Minggu depan skuad negara bakal beraksi di Kejohanan  Malaysia Masters 2023. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad