web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BAM Letak Penuh Kepercayaan Kepada Hendrawan - Choong Hann

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2021 5:13PM

Lee Zii Jia - Gambar www.bam.org.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann menganggap tiada keperluan mengubah struktur kejurulatihan pada masa ini, susulan prestasi hambar perseorangan utama negara Lee Zii Jia pada tiga kejohanan antarabangsa baru-baru ini.

Meskipun berdepan kritikan hebat daripada pelbagai pihak berikutan prestasi mengecewakan Zii Jia sepanjang tiga kejohanan di Thailand, bulan lepas, Choong Hann ternyata enggan menekan butang panik.

Sebaliknya, Choong Hann berkata badan induk itu akan mencari penyelesaian terbaik bagi mengembalikan prestasi sebenar Zii Jia.

Pada masa sama, beliau positif dan meletak sepenuh kepercayaan kepada ketua jurulatih perseorangan lelaki negara Hendrawan dalam meningkatkan kembali prestasi pemain berusia 22 tahun itu.

"Bukannya saya cakap kita tidak kisah. Maksud saya kita mengakui kesilapan, kita bertekad untuk membuat pembetulan daripada pengalaman ini. Namun, setakat ini, kita masih akan memberi kepercayaan penuh kepada jurulatih Hendrawan," katanya kepada Bernama, hari ini.

Prestasi buruk Zii Jia pada tiga kejohanan di Thailand bulan lepas menimbulkan pelbagai kritikan terhadapnya, termasuk ada mempersoal kredibiliti Hendrawan yang seakan tidak memberi impak besar dalam corak permainan pemain itu.

Dalam pada itu, Choong Hann meminta pengkritik dan peminat badminton tanah air memberi ruang dan peluang kepada Zii Jia untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam misi bergelar jaguh dunia.

"(Saya) minta beri ruang sikit (kepada Zii Jia) untuk membetulkan keadaan, memang kekurangan itu sudah berlaku tidak boleh pusingan-u atau mengundur. Saya percaya semua pemain handalan juga pernah melalui proses rintangan ini dalam karier mereka sebelum bergelar jaguh dunia," katanya.

Pada aksi pertama di Terbuka Thailand Yonex, Zii Jia tewas di suku akhir kepada pemain pilihan kedua dari Taiwan, Chou Tien Chen sebelum terkandas seawal pusingan pertama dalam kempen Terbuka Thailand Toyota kepada pemain India, Sameer Verma.

Zii Jia terus menampilkan aksi hambar apabila kalah ketiga-tiga perlawanan pada Jelajah Dunia Akhir, juga di Bangkok.

Selepas ini, Zii Jia dijadual menyertai tiga kejohanan di Eropah bulan depan bermula dengan Terbuka Switzerland, Terbuka Jerman dan Seluruh England.- Bernama

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran