web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hannah Puas Hati Prestasi Atlet Muda Di Sukan SEA Kemboja

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 2:43PM

Hannah (kanan) pada Bengkel Serantau YSEALI Game Changers di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berpuas hati dengan prestasi atlet muda di Sukan SEA, Kemboja yang berjaya menyumbang pingat emas buat negara meskipun baru pertama kali beraksi di kejohanan dwitahunan itu. 

Hannah berkata walaupun ada beberapa sukan yang menjadi sasaran pingat tidak menepati ramalan, namun beliau tetap berpuas hati apabila jenis sukan seperti silat, wushu, golf dan karate menampilkan prestasi di luar jangka dengan menghadiahkan pingat emas buat negara melebihi sasaran.

"Setakat ini kita melihat silat sangat cemerlang, karate, wushu, golf dan olahraga serta banyak sukan, kita tumpang gembira dengan atlet muda sebab kebanyakan mereka kali pertama (bersaing di Sukan SEA).

"Ini memang sifat sukan, ia kompetitif, kadang-kadang menang dan kalah, tapi kalau kalah kita akan pastikan apa faktor kekalahan, kita tangani dan bantu kurangkan risiko kekalahan pada masa hadapan," katanya kepada pemberita pada Bengkel Serantau YSEALI Game Changers di sini hari ini. 

 Hannah Yeoh
Hannah Yeoh

Dalam pada itu, Hannah berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti prestasi cemerlang yang ditampilkan atlet di Sukan SEA bagi peruntukan dana dalam memastikan pembangunan dan kecemerlangan sukan dapat diteruskan. 

"Kita akan meneliti data yang ada selepas semua selesai dan membuat kajian untuk melihat atlet  cemerlang dalam suatu sukan, adakah ia disebabkan jurulatih atau latihan luar negara, dan pada yang menang sukan itu kita akan letak lebih banyak dana untuk pembangunan sukan tersebut," katanya. 

Setakat ini, kontinjen negara berada di kedudukan ketujuh carta pingat dengan memungut 21 pingat emas, 22 perak dan 42 gangsa. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar