web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuartet 4X100M Wanita Cipta Sensasi Pecah Rekod Kebangsaan, Rangkul Gangsa

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 7:00AM

Kuartert 4x100 wanita negara selepas berjaya meraih pingat gangsa dan mencatat rekod baharu kebangsaan 44.58 saat pada Sukan SEA 2023 Phnom Penh di Stadium Nasional Morodok Techo Kemboja semalam. - Gambar Bernama.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Kuartet 4X100 meter (m) wanita negara bukan sahaja merangkul gangsa malah memecahkan rekod baharu kebangsaan pada Sukan SEA 2023 di sini, semalam.

Saingan berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo menyaksikan kuartet Malaysia dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling melakar 44.58 saat (s) sekali gus memadam rekod lama iaitu 45.18s dicatat Zaidatul bersama Siti Fatimah Mohamad, S. Komalam, dan Nurul Faizah Asma Mazlan pada Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) ke-22 di India pada 2017.

Pingat emas dimiliki kuartet Thailand yang merekodkan masa 44.24s manakala Vietnam pula meraih perak menerusi catatan 44.51s.

Zaidatul yang teruja dengan pencapaian tersebut berkata mereka sememangnya tidak memikirkan soal pingat namun lebih menumpukan untuk memecahkan rekod kebangsaan.

“Sudah lama kami tak buat catatan bawah 45s, bila dapat 44.58s saya sangat terkejut dan teruja kerana jauh dari rekod lama, paling hampir pun ketika di Terbuka Kuala Lumpur dan Terbuka Singapura 45.7s bulan lepas.

“Tapi dalam masa sebulan kami dapat 44s, bagus bagi kami, terima kasih kepada jurulatih pecut, Mohd Poad Md Kassim  yang banyak bantu kami kerana beliau memang sasar untuk pecah rekod kebangsaan di Sukan SEA 2023,” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, kuartet 4x100m lelaki negara diwakili Muhammad Zulfiqar Ismail, Jonathan Nyepa, Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan terpaksa berpuas hati meraih pingat gangsa dengan catatan 39.36s.

Pencapaian kuartet Malaysia pada kali ini menyaksikan mereka gagal mempertahankan pingat perak dimenangi pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam.

Indonesia yang menampilkan larian bertenaga muncul juara acara tersebut dengan catatan 39.11s untuk meninggalkan kuartet Thailand di tempat kedua dengan 39.13s.

Jonathan ketika ditemui pemberita yakin pencapaian dilakar di bumi Kemboja merupakan permulaan yang bagus untuk mereka selepas dibentuk sejak awal tahun ini.

Walaupun tidak berjaya mempertahankan perak, Muhammad Haiqal pula tetap berpuas hati kerana setidak-tidaknya dapat mengubati kekecewaan di Terbuka Singapura baru-baru ini selepas larian mereka dibatalkan susulan masalah teknikal.

“Tak dapat perak hari ini namun tetap puas hati dapat gangsa kerana mental kami memang terganggu sewaktu insiden di Singapura tempoh hari, jadi segala kesilapan di sana telah berjaya kami perbaiki di Kemboja,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar