web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Setiausaha Agung BAM Tidak Tahu Pemecatan Tim Jones?

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 10:02AM

Dari kiri Rexy Mainaky, Michelle Chai dan Tim Jones pada sidang media di ABM, semalam. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peletakan jawatan Michelle Chai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), semalam mengejutkan arena badminton negara.

Khidmatnya kepada skuad kebangsaan belum sampai setengah tahun, tetapi beliau sudah sedia bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan pasukan wanita pada Sukan SEA 2023, kelmarin.

Bagaimanapun, Michelle berkata, beliau berterima kasih kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), badan induk sukan itu kerana memberi peluang kepadanya untuk memberi impak positif walaupun baru lima bulan berkhidmat di peringkat kebangsaan.

Michelle Chai - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Michelle Chai - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Pada 26 November 2022, apabila BAM memutuskan untuk memisahkan elemen berprestasi tinggi daripada BAM, saya bersyukur dan teruja kerana diberi peluang berpotensi memberi impak kepada salah satu sukan paling popular di Malaysia.

“Sepanjang lima bulan ini, saya bangga dengan perubahan yang kami laksanakan, dan saya terus percaya ia akan membuahkan hasil dalam tempoh jangka masa panjang.

“Namun begitu, saya faham kita berada dalam perniagaan sukan profesional di mana pembangunan mesti seiring dengan keputusan di gelanggang.

“Tanpa sebarang campur tangan dan dengan pembahagian tugas serta tanggungjawab yang jelas antara ABM dan BAM, saya menegaskan sekali lagi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ABM, saya mengambil tanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya atas kekurangan keputusan dalam kalangan pemain kami,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Pada 26 November, BAM memutuskan untuk bertindak sebagai entiti berasingan daripada ABM, yang akan menumpukan pada hal berkaitan tadbir urus dan pentadbiran, manakala ABM akan bertanggungjawab terhadap operasi berprestasi tinggi pasukan kebangsaan.

Tim Jones
Tim Jones

Bekerja bersama Michelle ketika itu ialah Pengarah Berprestasi Tinggi, Tim Jones, yang juga "dilepaskan daripada tugasnya" atau dengan kata lain, dipecat semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh BAM berikutan kekalahan “tidak boleh diterima” kepada Filipina dalam acara berpasukan wanita, 0-3, di Phnom Penh.

Sementara itu, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh ketika dihubungi berkata, beliau ingin membincangkan isu peletakan jawatan Michelle dengan pihak pengurusan sebelum membuat sebarang keputusan.

Bagaimanapun, apabila disiasat mengenai situasi Jones, katanya, beliau tidak mengetahui apa yang berlaku dan enggan mengulas lanjut.

“Walaupun Michelle sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya, kami akan membawa perkara itu kepada pihak pengurusan untuk berbincang sebelum membuat keputusan.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada Tim Jones, tetapi kami akan membincangkannya. Saya perlu mengumpul maklumat lanjut mengenai pemecatannya,” katanya. - The Vibes, 10 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad