web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Hoe Yean Sumbang Emas Sulung Kem Renang Negara

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 9:41PM

Khiew Hoe Yean bergambar bersama pingat emas yang dimenanginya dalam acara 200 meter gaya bebas akhir sempena Sukan SEA 2023 ketika di Pusat Akuatik Stadium Nasional Morodok Techo hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Perenang Khiew Hoe Yean menceriakan kontinjen negara selepas menghadiahkan pingat emas sulung buat kem renang menerusi acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki pada aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini, malam ini.

Hoe Yean mempamerkan renangan meyakinkan sebaik perlumbaan bermula untuk menjadi yang pertama tiba di penamat dengan catatan masa 1 minit dan 48.91 saat (s).

Atlet berusia 20 tahun itu menewaskan wakil Thailand Dulywat Kaewsriyong yang meraih perak dengan masa 1:49.29s sementara gangsa menjadi milik perenang Vietnam Nguyen Huy Hoang selepas merakam 1:49.31s.

Kejayaan Hoe Yean di sini bukan sahaja menghadiahkan emas ke-14 buat kontinjen negara di temasya sukan dwitahunan itu, malah menyaksikan beliau berjaya mempertahankan emas acara kegemarannya itu yang dimenangi pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lepas.

Pada masa sama, seorang lagi wakil negara Arvin Shaun Singh Chahal menamatkan saingan dengan catatan 1:52.24s di kedudukan terakhir daripada keseluruhan lapan perenang.

Sementara itu, perenang wanita Phee Jinq En terpaksa berpuas hati dengan kilauan perak dalam acara 100m kuak dada wanita selepas mencatat masa 1:09.60s di belakang juara bertahan dari Singapura Letitia Sim yang mendominasi saingan dengan mencipta rekod baharu kejohanan 1:07.94s.

Pingat gangsa diraih seorang lagi wakil Singapura Christie Chue dengan catatan masa 1:10.94s. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad