web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gol Saat Akhir Filipina 'Hantar' Malayan Tigress Pulang Awal

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 7:25AM

Skuad Malayan Tigress tewas kepada Filipina 0-1 pada aksi kedua Kumpulan A saingan Sukan SEA 2023 malam tadi. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Gol pada penghujung babak permainan memusnahkan impian Malaysia untuk mencipta kejutan ke atas pasukan yang beraksi di Piala Dunia, Filipina, selepas tewas 0-1 pada aksi kedua Kumpulan A saingan Sukan SEA 2023 malam tadi.

Kekalahan di Stadium Army di sini, menyaksikan perjalanan skuad Malayan Tigress bimbingan Soleen Al-Zoubi dalam kempen temasya sukan dwitahunan itu hampir pasti berakhir, setelah gagal mengutip sebarang mata dalam dua perlawanan pertama.

Sarina Isabel Calpo Bolden muncul wira Filipina apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan separuh masa kedua, sekali gus memberikan kemenangan sulung kepada pasukan itu dalam usaha memburu tempat ke separuh akhir.

Jaringan itu berpunca daripada sepakan penjuru pada minit-minit akhir dengan Sarina melompat tinggi untuk menanduk masuk bola ke gawang, menewaskan penjaga gol Nur Ezza Ashikin Abdul Razak yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan.

Terdahulu, Filipina yang akan beraksi di Piala Dunia 2023 bermula Julai depan buntu untuk menghasilkan gol apabila anak buah Soleen menunjukkan disiplin yang baik dalam mengekang asakan bertali arus ke kubu pertahanan negara.

Sebelum ini, Malaysia tewas 0-3 kepada juara bertahan Vietnam - yang juga bakal beraksi di Piala Dunia 2023 - pada perlawanan pembukaan kumpulan di venue sama, Rabu lepas.

Malaysia akan melengkapkan aksi kumpulan menentang Myanmar, Selasa depan.

Selepas dua perlawanan, Vietnam kini menerajui saingan Kumpulan A dengan mengumpul enam mata diikuti Filipina (tiga mata), Myanmar (tiga mata) dan Malaysia di kedudukan terakhir tanpa mata.

Sebagai rekod, kali terakhir skuad wanita kebangsaan meraih pingat di temasya sukan dwitahunan itu adalah pada edisi 1995 di Thailand selepas merangkul perak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kontroversi Sukan SEA: ‘Saya Tidak Akan Minta Maaf Kerana Menghantar Atlet Muda – Hannah

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Peluang Kem Negara Capai Sasaran 40 Emas Hampir Mustahil

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad