web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadi Pemenang Emas Pertama Malaysia Naikkan Semangat Saya - Shahmalarani

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 9:22PM

C Shamalarani menunjukkan pingat emas yang dimenanginya dalam acara Karate Kumite wanita Sukan SEA 2023 Phnom Penh Kemboja - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Tenang, namun penuh keazaman. Begitulah caranya pemenang sulung pingat emas Malaysia di Sukan SEA 2023 di sini, C.Shahmalarani, mengungguli acara bawah 50 kilogram (kg) kumite wanita.

Kejayaan itu sekali gus menebus kekalahan kepada lawannya itu, Junna Tsuki, ketika tewas 1-5 dalam final Kejohanan Persekutuan Karate Asian Tenggara (SEAKF) di Phnom Penh, Mac lepas.

“Saya tidak bermula dengan baik tetapi jurulatih saya Tamel Adbelraof berpendapat atlet Filipina itu belum betul-betul bersedia dan minta saya manfaatkan ruang yang ada dan akhirnya saya berjaya mengikat kedudukan 1-1.

“Selepas 1-1, saya sangat yakin akan menang kerana daripada situ saya mula mengawal perlawanan,” katanya.  

Berbekalkan aksi yang lebih agresif sepanjang pertarungan dengan atlet berketurunan Filipina-Jepun itu, Shahmalarani dinobatkan sebagai juara, justeru mempertahankan pingat emasnya dalam acara yang diadakan di Chroy Changvar Convention Centre itu.

Sementara itu, S. Prem Kumar, yang merangkul emas kedua Malaysia -- hanya selang beberapa minit selepas Shahmalarani -- dalam acara bawah 55 kg kumite lelaki, tidak mahu terlalu terbuai dengan pencapaian hari ini.

Prem Kumar berkata misinya masih jauh, dengan fokus dan sasarannya pada acara berpasukan di sini serta Sukan Asia yang akan diadakan di Hangzhou, China pada September.

“Saya gembira berjaya dapat dua mata penting apabila saya terus menyerang lawan beberapa saat sebelum perlawanan tamat setelah ketinggalan 1-3. Usaha saya akhirnya berbaloi,” katanya.

Meskipun berkongsi mata 3-3 dengan atlet Thailand Chanphet Setthaphong, emas menjadi miliknya selepas beliau meraih mata pertama dalam pertarungan akhir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Skuad Karate Cemerlang Di Kemboja, Hadiah 2 Emas Pertama Negara

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad