web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Skuad Karate Cemerlang Di Kemboja, Hadiah 2 Emas Pertama Negara

Sukan · Diterbitkan pada 06 May 2023 9:08PM

S Prem Kumar (kanan) dan C Shamalaran (kiri) menunjukkan pingat emas yang dimenangi mereka pada Sukan SEA 2023 Phnom Penh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Skuad karate memulakan kempen Sukan SEA 2023 dengan bergaya selepas merangkul dua emas pertama negara di sini.

Juara bertahan C. Shahmalarani menyumbang emas sulung negara dalam acara kumite wanita bawah 50 kilogram (kg) selepas menumpaskan juara Sukan Dunia 2022 dari Filipina Junna Tsukii Villanueva pada aksi di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.

Walaupun Villanueva mendahului 1-0 di awal permainan namun Shahmalarani berjaya bangkit menyamakan kedudukan 1-1 apabila jurulatih Malaysia Tamel Abdelraof meminta semakan video selepas anak buahnya itu dilihat melakukan yuko (tumbukan) ke arah lawan.

Bagaimanapun, Shahmalarani diisytiharkan juara oleh pengadil selepas gerakan atlet negara itu lebih agresif di dalam gelanggang berbanding musuhnya.

Sejurus kemudian, giliran juara edisi 2019, S. Prem Kumar pula menghadiahkan emas kedua negara, kali ini dalam acara kumite lelaki bawah 55kg.

Prem Kumar, yang bertarung dalam kesakitan akibat kecederaan di pergelangan tangan kiri, mendapat mata pertama sebelum ketinggalan 3-1 dalam aksi penuh sengit menentang wakil Thailand, Chanphet Setthaphong.

Namun atlet Malaysia itu menampilkan semangat juang tinggi apabila berjaya meraih dua mata berturut-turut untuk menyamakan kedudukan 3-3 hingga ke penghujung pertarungan dan diangkat sebagai pemenang selepas memperoleh mata terlebih dahulu ke atas Setthaphong. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Wanita Kemboja, Anak Dakwa Melayu Malas Dituduh Di Mahkamah Esok

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam