web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MFL Saran Pemain, Pegawai Pasukan Liga-M Patuh SOP Gelembung Sukan

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2021 7:55AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menyarankan pasukan Liga Malaysia, agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) gelembung sukan sepanjang tempoh rehat liga berkenaan, bagi menjaga keselamatan dan kesihatan semua pihak.

Liga Super berehat seketika bermula 10 Mei hingga 8 Julai, manakala Liga Premier mulai 9 Mei hingga 17 Jun.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat dengan pematuhan SOP semua pasukan yang bertanding, bagi membendung berlaku sebarang kluster pandemik COVID-19, sepanjang penganjuran Liga Malaysia musim 2021.

Beliau berkata, pegawai dan pemain pasukan hendaklah menjalani Ujian Calitan PCR sebelum mengadakan latihan pertama, selepas tempoh rehat iaitu perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Saya menyeru kepada kesemua yang terlibat dalam industri bola sepak agar sentiasa kekal berdisiplin mematuhi SOP dan Protokol Am Individu, yang telah ditetapkan.

“Ini kerana MFL mahu memastikan perjalanan Liga Malaysia musim 2021 kekal berjalan mengikut jadual, di mana SOP gelembung sukan haruslah dijaga rapi oleh semua pihak bola sepak negara,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Ab Ghani mengingatkan semua pasukan diwajibkan menjalani ujian RTK Antigen sebelum atau pada hari perlawanan pertama, selepas tamat tempoh rehat.

“Liga Malaysia telah diberikan kepercayaan tinggi daripada pihak kerajaan untuk diteruskan sebagaimana kita telah memastikan Liga Malaysia musim 2020 bebas daripada sebarang kluster COVID-19.

“Justeru, saya berharap pasukan akan terus teguh menjaga kepentingan gelembung sukan ini daripada sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar