Berita Terkini

4 jam yang lalu: Dakwaan rasuah OCPD: SPRM tahan 3 lagi polis 4 jam yang lalu: Kerjasama Malaysia-Indonesia mudahkan produk sijil halal tembus pasaran kedua negara 4 jam yang lalu: Malaysia di posisi baik manfaat potensi sebagai pengeluar hidrogen hijau - MOSTI 4 jam yang lalu: Lelaki disyaki dera bayi perempuan teman wanita ditahan 4 jam yang lalu: Syarikat korporat perlu melabur untuk sistem keselamatan siber - Fahmi

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Kontinjen Negara Sasar 40 Pingat Emas

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Apr 2023 5:04PM

Hannah Yeoh beramah mesra bersama barisan atlet yang akan berangkat ke Sukan SEA Kemboja 2023 pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan SEA ke-32 di Casa 4, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kontinjen negara menyasarkan 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa pada temasya Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh yang bermula 5 hingga 17 Mei ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang mengumumkan perkara itu semasa Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini menyifatkannya sebagai sasaran yang realistik.

Malah, Hannah berkata berbekalkan semangat juang tinggi, kontinjen negara disertai 677 atlet, dengan 440 atlet atau 65 peratus daripadanya membuat penampilan kali pertama di temasya dwitahunan itu, diyakini mampu menuai lebih pingat daripada sasaran ditetapkan.

"Selepas melakukan beberapa sesi libat urus selain mengumpul data terkini kemampuan atlet pesaing daripada negara lain yang bertanding kita mengumumkan sasaran ini.

"Turut diambil kira ialah keputusan negara penganjur (Kemboja) yang tidak menyenaraikan 57 acara daripada Sukan SEA Hanoi, Vietnam tahun lepas yang menyaksikan negara hilang potensi 18 pingat emas, 16 perak dan 30 gangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hannah, kontinjen Malaysia kali ini hanya mengambil bahagian dalam 33 daripada 36 jenis sukan yang dipertandingkan di Kemboja.

Beliau berkata daripada jumlah itu, Malaysia akan mengambil bahagian dalam 340 acara iaitu 58.42 peratus daripada 582 acara dipertandingkan.

Tambahnya, sasaran 40 pingat emas itu juga lebih menjadi keutamaan berbanding menamatkan saingan negara di kedudukan lima teratas secara keseluruhan.

"Bagi kami untuk capai sasaran ditetapkan adalah sesuatu yang baik. Bila kita pergi ke sana dan mereka bertindak tidak menyenaraikan beberapa acara, jadi untuk cakap kita perlu tamatkan saingan di tempat kelima, keempat atau ketiga teratas adalah tidak realistik. Itu bukan fokus kita,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyokong keputusan mengenai sasaran pingat di temasya berkenaan.

"Saya memuji tindakan persatuan-persatuan sukan kerana berani menghantar atlet pelapis kali ini.

“Sebelum ini, kita ambil langkah selamat menghantar atlet yang sama ke Sukan SEA, Sukan Olimpik tapi disebabkan ketetapan had kelayakan umur bawah 23 tahun (di bawah kategori B) untuk menyertai Sukan SEA, maka kita membuat keputusan menghantar kebanyakannya atlet muda yang akan turut dibantu atlet senior,” katanya.

Pada edisi terakhir Sukan SEA di Hanoi, Vietnam tahun lepas, Malaysia mengakhiri saingan di kedudukan keenam keseluruhan dengan mengutip 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi KBS Buat 7 Ketetapan Martabat Sukan Negara

2

Sukan 2 hari yang lalu

Tepati Sasaran 33 Emas, PM Ucap Tahniah Untuk Kontinjen APG 2023

3

Sukan 4 hari yang lalu

APG 2023: Atlet Renang, Olahraga Sumbang 8 Emas

4

Sukan 4 hari yang lalu

KBS Percaya BWF Ada Sebab Kukuh Beri Pengiktirafan Kepada Chong Wei

Sorotan

1

336,592 Pelajar Perempuan Belum Disuntik Vaksin HPV

2

Malaysia-Indonesia Capai Kata Sepakat Pertahan Kepentingan Kelapa Sawit - PM

3

Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Rasuah OCPD: SPRM Tahan 3 Lagi Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Luar Bilik Darjah Dibenarkan Semula, Tapi Perlu Kebenaran Ibu Bapa

oleh Susan Albert

Politik 1 hari yang lalu

Rangka Tindakan Kemajuan Melayu: UMNO Perlu Segera Anjur Kongres Melayu