web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pecutan Pelari 4X100 Meter Malaysia Berjaya Raih Emas

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 6:21PM

Nur Aishah Rofina memintas pelari Singapura pada meter akhir hingga ke garis penamat, sekali gus mengejutkan penonton yang turut bersorak - Tangkapan layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menjelang Sukan SEA Kemboja, pasukan pelari wanita negara bagi acara 4x100 meter (m) berganti-ganti, membuktikan mereka layak ke acara terbabit selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam Singapore Open Track & Field Championships, semalam.

Berdepan saingan Singapura dan Thailand pada perlawanan akhir, pelari negara yang terdiri daripada Zaidatul Husniah Zulkifli, Azreen Nabila Alias, Nur Aishah Rofina Aling dan Nur Afrina Mohamad Rizal menamatkan saingan dengan catatan masa 45.7 saat bagi memenangi pingat emas.

Kejayaan itu diraih selepas Nur Aishah Rofina memintas pelari Singapura pada meter akhir hingga ke garis penamat, sekali gus mengejutkan penonton yang turut bersorak.

Singapura terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan catatan masa 45.82 saat, manakala pasukan Thailand meraih gangsa selepas mencatat masa 46.06 saat.

@fazriadatiktok Bak kata pepatah orang Sabah “membubut dia gaiss!” Terbaik aksi team 4x100M wanita Malaysia. Teruskan momentum untuk SEA GAMES 2023 #tiktokmalaysia #sandakantiktok #malaysia #budaksukan #malaysiatiktok #sgopen2023 ♬ original sound - Fazri Hassan

Kemenangan dalam acara itu menambah pungutan pingat keseluruhan Malaysia pada kejohanan terbabit apabila mereka memperoleh 13 pingat emas, lapan perak dan tiga gangsa yang pastinya meningkatkan keyakinan menjelang Sukan SEA dari 5 hingga 17 Mei.

Sementara itu, atlet lain negara yang layak ke acara bakal berlangsung di Phnom Penh berkenaan dan turut menduduki tempat teratas podium adalah pelari 800 m, Wan Muhammad Fazri Wan Zahari yang menamatkan saingan di hadapan pelari Singapura untuk memenangi emas.

Savinder Kaur pula mengungguli acara 1500 m wanita, manakala Mandy Goh menamatkan lebih dua saat di hadapan Theisha Khoo dari Singapura untuk memenangi acara 400 m lari berpagar.

Dalam acara 5000 m lelaki, Malaysia menduduki ketiga-tiga tempat podium apabila Poo Vasanthan meraih emas dengan catatan masa 15 minit 5.54 saat, di hadapan Muhammad Ikbolasen Md Kamal Hussain (15 minit 7.22 saat) dan Daren James Nair di tempat ketiga (15 minit 17.93 saat).

Juara Sukan Malaysia (SUKMA), Sriven Tan tiba tujuh minit awal ke garisan penamat dalam pertandingan itu untuk memenangi acara 10,000 m jalan kaki lelaki dengan catatan masa 50 minit 45.43 saat.

Ia merupakan kemenangan berganda buat Nurul Ashikin Abas yang memenangi acara lompat jauh wanita dengan jarak 5.88 m, selain meraih emas dalam lompat kijang wanita.

Atlet Sabah, Chelsea Cassiopea Evali Bopulas mengungguli sapuan bersih untuk rakyat Malaysia dalam acara 400 m wanita, apabila mengetepikan rakan senegara, Nurul Aliah Nor Azmi di tempat kedua dan Zaimah Atifah Zainuddin (tempat ketiga). – The Vibes, 29 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam