web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zii Jia Pulang Awal

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 1:05PM

Lee Zii Jia ditunjukkan jalan keluar awal selepas tewas pada pusingan pertama saingan yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Kejohanan Badminton Asia (BAC) Lee Zii Jia ditunjukkan jalan keluar awal selepas tewas pada pusingan pertama saingan yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.

Perseorangan lelaki profesional negara berusia 25 tahun itu tewas kepada pemain di ranking ke-17 dari Hong Kong Angus Ng Ka Long 21-19, 21-16 selepas 39 minit bertarung di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr.

Wakil Hong Kong itu bakal berdepan Kanta Tsuneyama dari Jepun yang mengenepikan pemain Nepal Prince Dahal 21-7, 21-13, di pusingan kedua.

Zii Jia yang menghuni ranking keempat dunia itu memulakan kempen musim ini dengan prestasi suram apabila tersingkir awal di Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman, bagaimanapun menunjukkan peningkatan selepas mara ke separuh akhir Seluruh England dan Terbuka Switzerland.

Sementara itu, juara dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik melepasi halangan pertama menyingkirkan gandingan ke-10 dunia dari Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 19-21, 21-19, 22-

Beregu kedua dunia itu dijadual berdepan pasangan Taiwan Lee Yang-Wang Chi-Lin pada pusingan kedua, yang menewaskan wakil Jepun Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi 21-10, 21-16.

Perseorangan lelaki Ng Tze Yong, perseorangan wanita Goh Jin Wei dan S.Kisona, beregu wanita Ng Qi Xuan-Teoh Le Xuan dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien, serta Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong (men’s doubles) and Chan Peng Soon-Cheah Yee See (beregu campuran) gagal meneruskan cabaran di Dubai. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan