web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shereen Hadapi Minggu Sukar Tapi Persiapan Berjalan Lancar – Ibu

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 7:05AM

Shereen Samson Vallabouy - Gambar dari Facebook Team Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun Shereen Samson Vallabouy berjaya meleburkan rekod kebangsaan dan dilihat bakal melakar pingat pada Sukan SEA Kemboja yang akan datang, atlet olahraga negara berusia 24 tahun itu turut menyasarkan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Shereen yang kini berada di semester akhir di Winona State University di Minnesota, Amerika Syarikat (AS) dijangka menamatkan pengajiannya bulan depan, sekali gus membolehkannya menumpukan sepenuh perhatian terhadap latihan bagi kelayakan Sukan Olimpik.

Bercakap kepada The Vibes, ibu Shereen yang juga bekas pelari pecut negara, Josephine Mary berkata, ia adalah musim yang sibuk untuk Shereen kerana terpaksa menyesuaikan diri dalam bidang akademik dan kerjaya sukannya.

“Dia sepatutnya tamat pada Disember, tetapi dia mengambil lebih banyak kredit supaya dia boleh menamatkannya pada Mei dan melakukan latihan amali selepas itu.

“Sebaik sahaja dia tamat pengajiannya, dia boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada latihan kerana dia mahu layak ke Sukan Olimpik.

“Terpaksa mengimbangkan antara pelajaran dan sukan, menyebabkan Shereen kurang berehat sehingga dia berasa agak keletihan,” katanya.

Jadual beberapa minggu akan datang amat padat untuk Shereen kerana dia dijangka pulang ke tanah air minggu ini sebelum ke Phnom Penh bersama kontinjen Malaysia untuk temasya Sukan SEA, dan berlepas pulang ke AS untuk kejohanan kolej sejurus selepas itu.

“Ia adalah beberapa minggu yang tertekan kerana dia menyertai kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II Persatuan Olahraya Kolej Kebangsaan (NCAA) menjelang akhir bulan ini.

“Tetapi dia menghadapinya dengan baik dan tidak merungut. Anda perlu berlari apabila anda perlu berlari, dan tugasan perlu dilakukan. Memang sibuk tetapi selepas Mei dia sepatutnya mempunyai lebih banyak masa,” kata pemenang pingat gangsa Sukan Asia dua kali itu.

Sementara itu, Josephine berkata, Shereen berpuas hati dengan catatan rekod kebangsaannya, 51.80 saat dalam acara 400 meter (m) di kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.

Dia meleburkan rekod kebangsaan berusia 30 tahun milik Allahyarhamah Rabia Abdul Salam dengan catatan 52.56s yang dilakukan pada 1993 di Manila, Filipina.

Walaupun masa direkodkan Shereen lebih pantas daripada rekod 400m Sukan SEA semasa iaitu 51.83s yang dicatatkan oleh Nguyen Thi Tinh dari Vietnam pada 2003, Josephine enggan memberi tekanan kepada anaknya ketika dia membuat penampilan sulung dalam temasya itu bulan depan.

Shereen akan bertanding dalam acara 400m dan 4x400m.

“Persiapannya berjalan lancar dan jika dia mengekalkan momentumnya, dia boleh mengurangkan lagi (catatan) masa itu.

“Tetapi semua orang yang datang untuk kejohanan itu juga mahu menang, dan anda tidak tahu tentang prestasi mereka kerana mereka mungkin tidak mengumumkan apa yang mereka lakukan.

“Jadi kami tidak mahu memberinya tekanan, tetapi biarkan sahaja dia berlatih. Perkara paling penting ialah melakukan yang terbaik dan kekal sihat. Dia sudah berlatih bersungguh-sungguh, jadi hasilnya akan tiba,” katanya.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Shereen berjaya meleburkan rekod kebangsaan apabila sebelum ini empat kali memecahkan rekod kebangsaan 400m dalam dewan dengan yang terakhir ketika memenangi pingat emas di Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II NCAA di Virginia Beach, Virginia, bulan lalu pada catatan 52.27s. - The Vibes, 17 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad