web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Benarkan Kabaddi, Silambam Ke SUKMA Jika Ada Penyertaan Mencukupi - Peja

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 9:00AM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan ‘menyingkirkan’ Kabaddi dan Silambam daripada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dianggap menjejaskan reputasi sukan dwitahunan negara yang menampilkan pelbagai acara itu..

Susulan komen Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berhubung kriteria pemilihan SUKMA semalam yang menyaksikan dua acara itu diketepikan, mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, Kabaddi dan Silambam perlu disenaraikan.

Beliau berkata, Menteri Belia dan Sukan ketika ini, Hannah Yeoh yang turut berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi SUKMA, mempunyai kuasa untuk menimbang semula keputusan terbabt.

Hannah Yeoh - Gambar oleh Azim Rahman
Hannah Yeoh - Gambar oleh Azim Rahman

“Walaupun sudah menyenaraikan sukan yang akan dipertandingkan, Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang dipengerusikan Hannah, masih boleh mempertimbangkan semula keputusan itu bersama semua eksekutif sukan di dalam jawatankuasa berkenaan.

“Malah, menteri harus campur tangan dan pastikan sukan (Kabaddi dan Silambam) dapat disertakan.

“Ya, kita mempunyai sukan teras yang perlu kita fokus, tetapi SUKMA adalah mengenai menggalakkan penyertaan daripada atlet seluruh negara,” katanya kepada The Vibes.

Ahmad Faizal yang turut dikenali sebagai Peja berkata, Kabaddi dan Silambam adalah sukan popular di Malaysia, termasuk dalam kalangan bukan India.

Katanya, ketika beliau dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jana Santhiran Muniayan bertemu Setiausaha Kehormat Persatuan Kabaddi Malaysia, Peter Gopi tahun lalu, mereka bersetuju untuk memasukkan sukan itu dalam SUKMA akan datang.

Jelasnya, selagi persatuan dapat menghantar penyertaan mencukupi, mereka layak bertanding.

Sukan itu juga, katanya, diperkenalkan ketika edisi sebelum ini pada September, sebagai sukan demonstrasi bagi mempersiapkan atlet menghadapi SUKMA nanti.

Ujarnya, Kabaddi dan Silambam layak dipertandingkan pada SUKMA 2024, memandangkan pasukan sukan terbabit sudah memulakan persiapan dan bersedia menghantar penyertaan.

Malah, beliau membandingkan persiapan pasukan itu jauh lebih baik, berbanding pasukan akuatik yang gagal menyediakan penyertaan mencukupi pada SUKMA 2022.

“Apabila saya mendengar MSN memutuskan untuk membatalkan kedua-dua sukan itu, ia mengecewakan kerana persiapan sudah dibuat.

“Kami bercakap (dengan Peter) tahun lalu dan bersetuju mengenai penambahan Kabaddi dan Silambam (untuk pungutan pingat SUKMA).

“Tiada gangguan semasa Sukma sebelum ini (semasa kami memperkenalkan sukan itu sebagai demonstrasi).

“Saya kecewa kerana pada SUKMA lalu, banyak negeri tidak dapat menyediakan pasukan akuatik seperti terjun. Mereka tidak mempunyai bakat mencukupi. Itu sukan teras,” katanya.

Pada Julai tahun lalu, dilaporkan acara terjun wanita dibatalkan kerana tidak memenuhi peraturan ternikal berhubung jumlah pernyertaan minimum atlet.

Ti Lian Ker - Gambar fail
Ti Lian Ker - Gambar fail

Kemudian, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, bagi sebarang acara yang akan dipertandingkan dalam SUKMA, ia perlu disertai sekurang-kurangnya lapan kontinjen negeri.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata, apabila Jawatankuasa Tertinggi SUKMA mengurangkan bilangan itu daripada lapan kepada enam, penyertaan masih tidak mencukupi kerana menerima kurang daripada enam.

“Selagi Kabaddi dan Silambam mempunyai cukup pasukan untuk dihantar (untuk SUKMA 2024), mereka harus dibenarkan menyertainya.

“SUKMA adalah untuk menyediakan atlet kita bagi kejohanan besar, seterusnya seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.

“Kami amat komited untuk memastikan kedua-dua sukan tersenarai dalam SUKMA 2024,” katanya.

Baru-baru ini, The Vibes bercakap dengan pemain Kabaddi negara.

Mereka berharap sukan itu mendapat sokongan sewajarnya daripada Kementerian Belia dan Sukan serta MSN untuk sekurang-kurangnya dimasukkan ke Sukan SEA 2027 yang akan berlangsung di Malaysia. – The Vibes, 27 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Radzi Jidin, Peja Dilantik Timbalan Presiden BERSATU

2

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad