web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengadil Aksi Sabah FC, Penang FC Digantung Kerana Tersilap Beri 2 Penalti

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 1:42PM

Zulkarnain Zakaria - Gambar dari Facebook Penang Football Club

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengadil kontroversi aksi Liga Super di antara Sabah FC dan Penang FC pada Jumaat lepas, dikenakan hukuman penggantungan secara serta-merta daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia 2023.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata pengadil Zulkarnain Zakaria, telah terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti kepada Sabah, pada minit ke-41 dan masa tambahan (90+9).

“Jawatankuasa Pengadil FAM memandangkan serius perkara ini dan akan memberikan peringatan dan teguran keras kepada semua pengadil, agar sentiasa optimum dalam menjalankan tugas dengan pemahaman bola sepak secara lebih holistik.

“Jawatankuasa juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keras dan yang sewajarnya kepada mana-mana pengadil, yang menampilkan mutu pengadilan yang tidak memenuhi piawaian yang telah ditetapkan pada perlawanan akan datang,” katanya menerusi kenyataan.

Noor Azman berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM yang diketuai oleh Timbalan Presiden Datuk S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM.

Jawatankuasa itu telah bersidang semalam bagi meneliti laporan daripada Penilai Pengadil perlawanan tersebut serta klip-klip rakaman video setiap insiden berkenaan.

Sabah FC mencatatkan kemenangan 5-2 ke atas Penang FC pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu, Jumaat lepas.

Zulkarnain menjadi tumpuan apabila menghadiahkan empat sepakan penalti pada aksi berkenaan, masing-masing tiga kepada pasukan tuan rumah dan satu kepada Penang FC. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Piala Dunia Wanita FIFA Julung Kali Tampilkan Pengadil Dari Palestin

2

Sukan 3 tahun yang lalu

FAM Kumpul Data Penting Daripada Dua Syarikat VAR

3

Teknovasi 4 tahun yang lalu

Ketahui Teknologi 'Video Assistant Referee' (VAR) Dalam Bola Sepak

4

Sukan 5 tahun yang lalu

Pengadil Aksi Sabah Menentang Terengganu Digantung Tugas 2 Minggu

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar