Berita Terkini

10 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 10 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 10 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 10 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 10 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Kenyataan Rasis Guang Yik: 'Anggaplah Dia Sebiji Epal Busuk' - Chong Wei

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 9:05AM

Lee Chong Wei - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menegaskan sukan adakan bidang yang menjunjung rasa hormat dan tidak menerima perkauman.

Justeru, beliau meminta mana-mana individu dalam bidang itu tidak menghancurkan keharmonian erat rakyat yang bukan dibina sehari dua, sebaliknya sejak berdekad, hanya untuk mengejar populariti.

“Sukan menjunjung rasa hormat dan tidak menerima perkauman.

“Jangan sesekali demi mengejar nak terkenal, sanggup menghancurkan keharmonian rakyat yang keeratannya bukan dibina sehari dua, tetapi berdekad-dekad,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan kenyataan perkauman dan pertikaian agama dibangkitkan seorang bekas pemain badminton negara, menerusi media sosial, baru-baru ini.

Malah, Chong Wei turut menganggap individu terbabit sebagai sebiji ‘epal busuk’.

Pemain perseorangan yang menceburi sukan terbabit selama 19 tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum bersara pada 2019 itu, turut melahirkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam mengendalikan isu kontroversi terbabit.

“Anggaplah dia sebiji epal busuk, kawan-kawan.

“Terima kasih kepada YB (Yang Berhormat) atas kecerdikan and kepantasan mengendalikan isu ini,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter mendedahkan kenyataan dibuat bekas pemain terbabit, Bong Guang Yik yang memperlekehkan Melayu dan Islam.

Dalam kenyataan terbabit, bekas atlet negara itu awalnya melahirkan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dikendalikan Melayu.

Malah, dia mendakwa BAM seolah-olah ‘pilih kasih’ dengan hanya memfokuskan kepada keperluan ‘anak emas’ persatuan berkenaan, sehingga kurang memberi tumpuan kepada pemain lain, termasuk pelapis baharu sukan itu.

Sikap terbabit dakwanya, menjadi punca tiada pemain negara layak ke final kejohanan badminton Terbuka Malaysia, malah menyebabkan tidak ada pemain setanding jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei untuk menggantikannya selepas beliau bersara.

Lebih melampau, Guang Yik mendakwa, ia adalah kesan buruk diperoleh kerana membiarkan orang Melayu dan Islam menguruskan BAM, selain memperlekehkan amalan serta ibadah mereka.

Kenyataan Guang Yik itu yang kini dilaporkan menjadi jurulatih badminton di China, dikecam hebat dengan rata-rata menyifatkannya sebagai biadap dan tidak bersikap sensitif terhadap agama serta kaum lain.

Ia turut mendapat perhatian Hannah yang mengecam sekerasnya dan tidak bersetuju dengan kenyataan perkauman serta pertikaian agama dibangkitkan individu terbabit.

Beliau berkata, walaupun individu berkenaan sudah memohon maaf di atas perbuatannya, kenyataan itu tidak sepatutnya dilakukan.

“Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan.

“Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Hannah berkata, seperti ditegaskannya sebelum ini, sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik.

“Semua atlet negara adalah sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,” katanya.

Mengulas mengenai identiti individu terbabit, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata, semakan dilakukan beliau dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), mendapati dia adalah bekas pemain negara.

“Saya sudah semak dengan MSN dan BAM. Dia bukan lagi atlet negara, sebaliknya bekas pemain pelapis BAM pada tahun 2014 (sembilan tahun lalu) dan kini tidak menetap di Malaysia,” katanya. – Getaran, 14 Februari 2023

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPM Tidak Arah Henti Projek SJKT Sungai Bakap

Semasa 18 jam yang lalu

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

oleh Wartawan Getaran

Semasa 54 minit yang lalu

Anwar Puas Hati Lawatan Sehari Ke Kemboja, Bincang Pelbagai Isu

Semasa 13 jam yang lalu

Charles Santiago Kembali Terajui SPAN Selepas Dipecat Pada 2020

oleh Wartawan Getaran