web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDA FC Berdebar Tunggu Keputusan Mesyuarat FAM

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 4:43PM

Aidil Sharin Sahak - Gambar dari Kedah Darul Aman FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pagi esok dinantikan dengan penuh debar oleh Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kerana bakal menentukan nasib dua pemainnya, Rodney Celvin serta Fadzrul Danel Mohd Nizam yang dilayangkan kad Merah ketika aksi menentang Terengganu FC pada 9 April lalu.

Tidak hanya kerana mereka perlu berdepan Melaka United pada sebelah malamnya, KDA FC juga bakal berdepan ujian lebih besar minggu depan apabila menanti kunjungan JDT di laman sendiri.

Justeru sekiranya dua pemain itu dikenakan tindakan penggantungan dalam kedua-dua perlawanan berkenaan, sudah tentu perancangan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak, terganggu bagi menurunkan barisan terbaik.

Menurut Aidil, pihaknya bagaimanapun kini bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku.

“Kedua-dua pemain ini akan tetap dibawa ke Melaka kerana kita masih tidak tahu sama ada mereka dibenarkan bermain atau tidak malam esok.

“Jika mereka boleh bermain, itu sudah tentu sesuatu yang kita harapkan tetapi jika diputuskan tidak boleh beraksi, kami telah memikirkan individu sesuai untuk menjadi pengganti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum berlepas bersama para pemainnya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini, hari ini bagi menghadapi perlawanan itu di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput esok.

Sebelum ini kedua-dua pemain itu sudah pun menjalani satu penggantungan ketika menentang Perak pada 17 April namun sama ada mereka akan menjalani penggantungan tambahan, bergantung kepada keputusan mesyuarat jawatankuasa tersebut esok.

Pengendali berasal dari Singapura itu mengakui, perancangan pasukan mungkin akan menjadi lebih tersusun sekiranya keputusan jawatankuasa tersebut diperolehi lebih awal daripada hari perlawanan.

“Tetapi kami tidak boleh menjadikan perkara itu sebagai alasan. Kami sentiasa percaya kepada setiap pemain yang diturunkan yakin mereka akan memberi yang terbaik,” katanya.

Sementara itu katanya, ketiadaan lima pemain Melaka United yang cedera dan digantung dalam perlawanan itu nanti tidak seharusnya menjadikan anak-anak buahnya leka bagi berdepan pasukan lawan.

Lima pemain tersebut adalah penyerang utama, Sony Norde, Alex Goncalves, Mohd Akmal Mohd Zahir, Wan Amirul Afiq  Abd Rahman serta Khairul Anwar Shahrudin.

“Tanpa lima pemain itu, cabaran Melaka United tetap tidak boleh diambil ringan kerana mereka masih juga akan memulakan perlawanan dengan 11 pemain.

“Mereka memiliki kelebihan kerana beraksi di gelanggang sendiri selain berjaya mengalahkan Perak, minggu lalu. Jadi sudah tentu moral pasukan itu kini berada di tahap yang tinggi,” katanya. - Getaran, 29 April 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kelantan United Gagal Sekat Kedah Kutip 3 Mata Penuh

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Kedah Naik Tangga Ketiga Carta, Tewaskan PJ City FC 4-1

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad