web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masalah Angin Perkara Biasa - Rashid

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 4:39PM

Rashid Sidek berkata adalah lebih ‘molek’ sekiranya Lee Zii Jia menerima hakikat bahawa lawannya itu bermain lebih bagus dan berhak menang malam tadi - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Alasan masalah angin diberikan jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, selepas disingkirkan pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka, pada Terbuka Malaysia 2022 semalam, disifatkan tidak munasabah.

Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek berpendapat Zii Jia, yang merupakan pemain kedua terbaik dunia, perlu menerima hakikat bahawa masalah angin timbul di mana-mana venue kejohanan waima Axiata Arena sekali pun dan merupakan sebahagian daripada adat permainan ketika di dalam gelanggang.

“Kalau ikut ranking  Zii Jia tak patut kalah, sebagai seorang pemain profesional, alasan masalah angin hanyalah biasa, sebab bukan dia sahaja malah pemain lain juga sentiasa berhadapan isu sama.

“Beliau perlu tahu bagaimana hendak menangani masalah angin selain menggunakan taktikal serta pelan permainan yang sesuai dengan keadaan sedemikian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zii Jia  ditunjukkan jalan keluar selepas tumpas 21-13, 17-21, 19-21 di tangan Naraoka yang juga pemain bukan pilihan bagi kejohanan pembuka tirai Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia itu, tahun ini.

Sebaliknya, Rashid, yang juga bekas juara Terbuka Malaysia tiga tahun berturut-turut dari edisi 1990-1992, berkata adalah lebih ‘molek’ sekiranya juara Asia itu menerima hakikat bahawa lawannya itu bermain lebih bagus dan berhak menang malam tadi.

Dalam pada itu, bekas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 berpandangan Zii Jia wajar mempunyai jurulatih sekiranya mahu memastikan prestasinya terus meningkat pada masa akan datang.

Pemain berusia 24 tahun itu ketika ditemui pemberita selepas pertembungannya dengan Naraoka mengakui tidak menyesal untuk bergerak tanpa jurulatih di sisi setelah berpisah dengan Indra Wijaya, pada November lepas.

Di sebalik permulaan buruk pada musim 2023, Rashid pada masa sama juga menaruh harapan agar juara All England 2021 itu segera bangkit dengan kembali merangkul gelaran dalam mana-mana kejohanan sekali gus tidak menjejaskan kedudukannya dalam ranking BWF.

Sementara itu, seorang lagi bekas juara Terbuka Malaysia, Ong Ewe Hock berkata Zii Jia perlu meningkatkan kekuatan mentalnya dan tampil dengan strategi yang lebih baik untuk mengatasi lawannya.

“Saya rasa dia bermain agak baik. Bagaimanapun, ada dua perkara yang perlu dia sesuaikan iaitu kekuatan mental dan strategi permainan menjelang penghujung perlawanan,” katanya.

Juara 1996 dan 2001 itu juga tidak menolak kemungkinan pemain dari Kedah itu mengalami tekanan untuk bermain di tanah air, yang akhirnya menyebabkan beliau tersingkir daripada pertandingan itu.

Zii Jia pernah mengalami penyingkiran awal pada Terbuka Malaysia sebelum ini.

Selain kekalahan pusingan kedua kepada pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito tahun lepas, beliau juga mengalami kekalahan pusingan pertama kepada Suppanyu Avihingsanon dari Thailand pada 2019. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 17 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad