web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KBS, PSM Bincang Isu Baki 21,000 Tiket Piala AFF - Hannah

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 7:18PM

KBS sedang berbincang dengan PSM mengenai isu 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil yang terpaksa ‘dikosongkan’ bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF, Sabtu ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang berbincang dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengenai isu 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil yang terpaksa ‘dikosongkan’ bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF, Sabtu ini.

Dengan kesemua 59,000 tiket yang dibuka semalam habis dijual dalam tempoh kurang 24 jam secara dalam talian, menterinya Hannah Yeoh berkata kedua-dua pihak sentiasa berusaha membantu penyokong tempatan berpeluang menyaksikan perlawanan tersebut.

Skuad Harimau Malaya akan berdepan juara bertahan Thailand pada aksi separuh akhir pertama dijadual berlangsung 8.30 malam, Sabtu ini.

“Saya telah bincang dengan PSM mengenai masalah, iaitu kita ada pertembungan dua acara besar dalam masa satu minggu ini. Kita sentiasa berusaha sebaik dan semampu yang boleh untuk menaikkan semangat penyokong sukan di Malaysia.

“Setakat ini, kita masih dalam perbincangan, itu sahaja yang saya boleh cakap. Apabila sudah sedia, kita akan berikan maklumat mengenainya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil, hari ini.

Terdahulu, beliau dan timbalannya Adam Adli Abd Halim, turut mengadakan lawatan ke Stadium Nasional di sini, bagi meninjau venue berkenaan dan membincangkan mengenai isu tiket aksi Piala AFF itu.

Semalam, Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman berkata 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional terpaksa 'dikosongkan' kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.

Konsert artis terkemuka dari Taiwan itu, akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 15 Jan ini. 

Selepas separuh akhir pertama di Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik menentang Thailand di Stadium Thammasat, Pathum Thani yang terletak di utara Bangkok, pada 10 Jan.

Malaysia mara ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata, selepas menewaskan Singapura 4-1 pada Selasa manakal Vietnam selaku juara kumpulan dengan 10 mata. Singapura tersingkir apabila menduduki tempat ketiga dengan tujuh mata.

Sekiranya berjaya menjinakkan pasukan Thailand yang merangkul enam gelaran Piala AFF, skuad Harimau Malaya akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Vietnam dan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Jan ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad