web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nafuzi Sahut Cabaran Kembalikan Kegemilangan KDA FC

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 11:29AM

Mohd Nafuzi Zain - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mohd Nafuzi Zain tekad menggalas tanggungjawab mengembalikan kegemilangan Sang Kenari walaupun perkara itu dilihat sebagai cabaran besar buatnya.

Mohd Nafuzi berkata dia tidak gentar dengan cabaran itu dan menganggapnya sebagai laluan berliku yang harus dihadapi untuk menjadi seorang jurulatih pasukan bola sepak yang berjaya dan berkaliber. 

“Bagi saya, sebagai seorang jurulatih kita perlukan cabaran. Kedah merupakan pasukan yang besar dan untuk mencipta sesuatu kejayaan, saya perlu lalui perjalanan berkenaan walaupun ia penuh berliku.

“Untuk berdepan dengan cabaran itu, saya ada cara tersendiri, taktikal dan formasi yang akan digunakan mengikut kualiti pemain yang kami ada dalam pasukan dan dari situlah segala perancangan akan dilakukan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd Nafuzi berkata dia juga berterima kasih kepada pihak pengurusan KDA FC kerana memberi sokongan dan kepercayaan 100 peratus kepada dirinya terutama dari segi pemilihan barisan pemain.

Menurutnya ramai pemain muda membarisi senarai pemain KDA FC bagi musim ini yang walaupun kurang berpengalaman namun mempunyai kualiti yang diperlukan.

“Saya sebagai ketua jurulatih akan cuba sedaya upaya untuk memastikan persembahan terbaik dapat diberikan dan diterjemahkan dalam setiap perlawanan. Hebat atau tidak barisan pemain ini ia akan bergantung kepada keputusan pada perlawanan sebenar nanti jadi tunggu dan lihat,” katanya.

Mengulas mengenai kehadiran Lee Tuck dalam pasukan, Mohd Nafuzi berkata dia yakin dengan pengalaman luas yang dimiliki pemain itu mampu membantu KDA FC menjadi pasukan yang lebih baik.

“Dia (Lee Tuck) pemain lama yang sudah lama bersama saya dan tahu selok-belok dan pengetahuan yang luas mengenai liga bola sepak negara. Saya tahu kelebihannya termasuklah mampu untuk bermain di banyak posisi jadi itu sudah pastinya dapat membantu pasukan Kedah,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan