web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelancongan Perubatan Pulau Pinang Mula Meningkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 7:31AM

Dalam tempoh 11 bulan pertama 2022, Pulau Pinang mengalu-alukan ketibaan perubatan antarabangsa seramai 144,975 dengan penyumbang terbesar adalah Indonesia diikuti Bangladesh dan India. - Gambar oleh Alif Omar 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Jumlah pendapatan pelancongan perubatan Pulau Pinang meningkat secara eksponen berbanding RM66 juta yang direkodkan semasa 2021 kepada RM285 juta pada 2022 selepas pembukaan semula sempadan antarabangsa negara. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata Indonesia sentiasa menjadi pasaran sumber utama bagi pelancongan perubatan Pulau Pinang, memandangkan persamaan bahasa dan budaya. 

"Dalam tempoh 11 bulan pertama 2022, Pulau Pinang mengalu-alukan ketibaan perubatan antarabangsa seramai 144,975 yang mana Indonesia menyumbang 54 peratus, diikuti Bangladesh dan India. 

"Bagi memudahkan perjalanan antara Indonesia, kami telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) antara Penang Centre of Medical Tourism (P.MED) dengan Citilink Airlines, yang akan membawa lebih ramai pelancong perubatan ke Pulau Pinang," katanya pada majlis pelancaran video P.MED dan pemeteraian MOU kerjasama dengan PT Citilink Indonesia yang disaksikan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow di sini semalam. 

Hadir sama adalah Konsul Jeneral Republik Indonesia Bambang Suharto, Konsul Jeneral Konsulat Jeneral Diraja Thailand Khun Raschada Jiwalai serta Ketua Pegawai Comercial dan Kargo Citilink Airlines Ichwan F. Argus termasuk Naib Presiden Jualan dan Pengedaran Citilink Emir Bustamam.

Sementara itu, Chow berkata walaupun angka yang dicapai tahun ini masih belum melepasi paras sebelum pandemik COVID-19, kedatangan semula pelancong perubatan ke Pulau Pinang adalah amat menggalakkan. 

"Kami telah meraih hampir 50 peratus daripada apa yang kami perolehi pada 2019. Ini sangat baik untuk ekonomi negeri. Ia juga sesuatu yang amat kami banggakan, kerana ia menunjukkan bahawa Pulau Pinang adalah selamat sebagai destinasi pelancongan dan kami terus menarik pengunjung kerana tawaran yang ada amat banyak," katanya.

Berdasarkan maklumat daripada Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), sejak 2015 hingga 2019, industri itu telah berkembang pada kadar pertumbuhan purata kumulatif sebanyak 17 peratus. 

Beliau berkata pada 2019, Pulau Pinang menerima hampir 480,000 pelancong perubatan, menjana pendapatan RM730 juta dan ini menyumbang lebih kurang 50 peratus kepada jumlah pendapatan Malaysia daripada pelancongan perubatan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad