web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala AFF: Harimau Malaya Mesti Mengaum Berdepan Singapura - Lee Tuck

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 8:15AM

Lee Tuck percaya rakan sepasukannya berupaya menembusi benteng pertahanan Singapura dan menjaringkan gol biarpun pasukan lawan memilih untuk menggunakan taktik bertahan sepenuhnya - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck menyeru rakan sepasukan dalam Harimau Malaya supaya lebih agresif ketika berhadapan Singapura dalam aksi Kumpulan B Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Selasa ini. 

Tuck percaya rakan sepasukannya berupaya menembusi benteng pertahanan Singapura dan menjaringkan gol biarpun pasukan lawan memilih untuk menggunakan taktik bertahan sepenuhnya. 

“Saya fikir taktik perlawanan itu nanti adalah sama iaitu bertahan kerana mereka hanya perlu seri untuk mendapatkan satu mata.  Jadi kami perlu mencari kaedah untuk memecahkan benteng mereka. 

Ia bukannya mudah, tetapi seperti yang saya kata sebelum ini, saya rasa kami mempunyai kualiti dan kami telah mempamerkan keupayaan untuk menjaringkan gol di dalam kejohanan ini. Kami perlu memenangi perlawanan ini,” katanya kepada wartawan ketika ditemui pada sesi latihan di sini hari ini. 

Singapura kini mempunyai sedikit kelebihan untuk mara ke separuh akhir kejohanan ini selepas seri tanpa jaringan dengan Vietnam dalam perlawanan di Stadium Jalan Besar, Singapura malam semalam, penyerang tengah baharu Kedah Darul Aman FC itu masih yakin tiada tekanan untuk skuad negara dalam menghadapi pasukan negara jiran itu. 

Bahkan, Tuck optimis bahawa mereka akan dapat menjayakan misi kali ini dan melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan. 

“Setiap pemain nampak relaks sekarang, kami yakin dengan apa yang kami mampu lakukan dan kami menantikan perlawanan itu kerana kami yakin kami memiliki apa yang sepatutnya kami ada untuk melangkah ke separuh akhir,” katanya.

Keputusan seri malam semalam membolehkan Singapura mengumpul tujuh mata merampas tempat kedua Kumpulan B daripada Malaysia yang jatuh ke tempat ketiga dengan enam mata sementara Vietnam mempunyai kelebihan jaringan kekal sebagai pendahulu kumpulan dengan tujuh mata. 

Myanmar yang akan bertandang ke Stadium My Dinh di Hanoi untuk bertemu Vietnam pada Selasa ini, kekal di tangga keempat kumpulan dengan satu mata sementara Laos mengakhiri kempen mereka di tangga tercorot tanpa sebarang mata. 

Selepas diturunkan hanya sekali dalam barisan permulaan perlawanan menentang Vietnam Selasa lepas, pemain berusia 34 tahun itu inginkan beliau diletakkan dalam kesebelasan utama sekali lagi ketika menentang Skuad Singa itu.

“Sudah tentu anda mahu bermain dalam sebanyak minit yang mungkin, jadi saya gemar bermula di awal  perlawanan tetapi kadang-kadang elok juga bangun dari bangku simpanan dan melakukan perubahan,” katanya.

Mengulas mengenai perpindahannya daripada Sri Pahang ke Kedah, pemain kelahiran Huddersfield itu berkata beliau tidak menyesal meninggalkan kelab itu dan berharap semoga mereka semua akan beroleh kejayaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad