Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Jangan Pandang Belakang, Pencapaian Sensasi Harimau Malaya Terus Ditagih

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 11:01AM

Pasukan Harimau Malaya meraikan kemenangan menewaskan Laos pada Piala AFF baru-baru ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejayaan menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia 2023 yang dianggap peminat sebagai pencapaian terbaik Malaysia dalam tempoh lebih empat dekad memberi nafas baharu kepada arena bola sepak tempatan.

Tanggal 14 Jun 2022 menjadi saksi semangat juang dan pengorbanan barisan pemain negara berjaya merealisasikan impian setiap peminat untuk melihat Malaysia kembali bersaing di kejohanan bola sepak berprestij Asia itu 

Pada malam itu, pasukan negara bimbingan Ketua Jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon memastikan penantian penuh sengsara berakhir dalam suasana penuh emosi di gelanggang keramat skuad Harimau Malaya, Stadium Nasional di Bukit Jalil yang disaksikan 52,964 penonton.

 Kim Pan Gon - Gambar oleh Syeda Imran
Kim Pan Gon - Gambar oleh Syeda Imran

Pan Gon yang dilantik pada Januari lepas bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Tan Cheng Hoe, mengemudi pasukan negara menewaskan Bangladesh 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023, mengumpul keseluruhan enam mata di kedudukan kedua di belakang Bahrain.

Malaysia yang layak selaku antara lima naib juara terbaik kumpulan sebelum itu tewas kepada Bahrain 1-2 selepas membuka kempen kelayakan dengan langkah kanan apabila menundukkan Turkmenistan 3-1, kedua-dua aksi berlangsung di Bukit Jalil.

Pasukan negara diperkuatkan dengan 13 pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), dua pemain masing-masing dari Petaling Jaya City dan Negeri Sembilan FC serta seorang pemain masing-masing dari Terengganu FC, Selangor FC, Sabah FC, Sri Pahang, SV Zulte Waregem kelab dari Belgium dan Choburi (Thailand).

Kali terakhir Malaysia membuat penampilan di Piala Asia adalah pada edisi 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama, namun gagal layak secara merit sejak edisi 1980 di Kuwait.

Ketika penulisan ini dibuat, Pan Gon bersama 23 pemain yang hampir kesemuanya tidak beraksi pada kelayakan Piala Asia, sedang mengharungi saingan Kumpulan B Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) bersama Myanmar, Laos, Vietnam dan Singapura.

Penyokong setia Harimau Malaya. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Penyokong setia Harimau Malaya. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Tiada siapa dapat menafikan kejayaan layak ke Piala Asia ialah pencapaian terbaik pasukan negara tahun ini manakala Piala AFF wajar dianggap sebagai medan buat Pan Gon memperluas pencarian pemain bagi membentuk skuad terbaik ke Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung di Qatar pada Januari 2024.

Peningkatan prestasi pasukan negara di bawah Pan Gon turut mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam ranking dunia apabila melonjak sembilan anak tangga dari tempat ke-154 pada awal tahun ke posisi ke-145 pada Disember.

Sayang sekali apabila pencapaian dicipta pasukan senior tidak berjaya menjadi inspirasi kepada skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan yang melalui tahun suram selepas tampil dengan prestasi kurang memberangsangkan dalam tiga pertandingan yang disertai.

Bermula dengan Kejohanan AFF B-23 di Kemboja pada Februari lepas, skuad bimbingan Brad Maloney terkandas di peringkat kumpulan sebelum pulang dengan tangan kosong pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam pada Mei selepas tewas dalam aksi penentuan pingat gangsa kepada Indonesia.

Sebulan kemudian, mereka gagal meraih sebarang kemenangan dalam saingan Kumpulan C Piala Asia B-23 di Tashkent, Uzbekistan - tewas di tangan Korea Selatan 1-4, Thailand (0-3) dan Vietnam 0-2. Susulan itu Maloney meninggalkan pasukan secara persetujuan bersama pada Julai.

Bagaimanapun, kehampaan peminat terhadap skuad B-23 sedikit terubat dengan kejayaan dilakar skuad Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan selepas muncul juara Kejohanan B-19 AFF dengan menewaskan Laos 2-0 pada final di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia pada Julai.

Sementara itu, pasukan bola sepak wanita negara kekal pada tahap tidak memberangsangkan dari segenap aspek apabila hanya menyertai satu pertandingan iaitu Kejohanan AFF pada Julai, menyaksikan skuad kendalian Jacob Joseph meraih dua keputusan seri dan tewas tiga kali dalam saingan kumpulan.

Sebelum itu, mereka juga tidak membuat penampilan pada temasya Sukan SEA ke-31 susulan keputusan dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ketua Unit Bola Sepak Wanita dan Penolong Pengarah Teknikal di Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) Soleen Al-Zou’bi dari Jordan dilantik menjadi Ketua Jurulatih pasukan pada Disember menggantikan Jacob dengan harapan mampu memberi nafas baharu kepada bola sepak wanita negara.

Skuad Harimau Selatan sebelum itu menyapu bersih trofi yang dipertandingkan tahun ini. - Gambar oleh Alif Omar
Skuad Harimau Selatan sebelum itu menyapu bersih trofi yang dipertandingkan tahun ini. - Gambar oleh Alif Omar

Di peringkat domestik, Johor Darul Ta’zim terus berada pada tahap unggul apabila mencipta sejarah tersendiri meraih kejayaan “treble” buat julung kali selepas merangkul kejuaraan Piala Malaysia dengan menewaskan Selangor 2-1 pada final di Bukit Jalil, November lepas.

Skuad Harimau Selatan sebelum itu menyapu bersih trofi yang dipertandingkan tahun ini, susulan pencapaian memenangi saingan Piala FA dan Liga Super untuk kali kesembilan berturut-turut, selain meraih Piala Sumbangsih pada aksi pembukaan musim.

Kejayaan JDT dituruti JDT II yang merangkul kejuaraan Liga Premier dengan saingan liga kedua negara itu dihentikan sementara bermula musim depan dalam langkah penstrukturan Liga Malaysia pada 2023.

Penyerang import JDT dari Brazil, Bergson da Silva muncul penjaring terbanyak Liga Super dengan rekod 29 gol, sementara penjaring terbanyak Liga Premier menjadi milik pemain Kuching City FC, Abu Kamara dengan keseluruhan 11 gol.

Dalam pada itu, biarpun peratusannya rendah tetapi masalah tunggakan pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan masih berlaku dalam era penswastaan kelab tempatan sehingga memaksa beberapa pihak antaranya Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) campur tangan.

Secara keseluruhan, 2022 merupakan tahun cukup bermakna buat bola sepak negara dan kejayaan layak ke Piala Asia 2023 akan menjadi pencetus kepada kehadiran lebih ramai pemain berbakat yang berlumba-lumba membuktikan kemampuan untuk mewakili Malaysia di pentas kejohanan tertinggi. - Bernama

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar, Sanusi Dijadual Adakan Pertemuan Rasmi Di Kedah 4 Mei Depan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

Semasa 1 hari yang lalu

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan