web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FAM Hantar Surat Kepada AFF Berhubung Mutu Pengadilan Aksi Vietnam - Malaysia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 9:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menghantar surat rasmi kepada Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) berhubung ketidakpuasan hati badan itu ke atas mutu pengadilan pada aksi penuh kontroversi melibatkan Vietnam dan Malaysia dalam saingan Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Selasa lepas.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dalam kenyataan memaklumkan tindakan mengutus surat kepada AFF hari ini dilakukan selepas Sekretariat Agung FAM mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Penilai Pengadil FAM dipengerusikan  Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram yang telah berbincang dan meneliti klip video beberapa insiden sepanjang perlawanan berkenaan.

“Susulan itu, surat rasmi yang menyatakan ketidakpuasan hati FAM terhadap tindakan dan keputusan pengadil pada perlawanan berkenaan telah pun dihantar ke Setiausaha Agung AFF, Winston Lee pada petang tadi bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat diambil oleh badan induk bola sepak Asia Tenggara itu,” katanya.

Noor Azman Rahman - Gambar dari media sosial
Noor Azman Rahman - Gambar dari media sosial

Kontroversi tercetus apabila pengadil dari Jepun, Ryuji Sato memberikan sepakan penalti kepada tuan rumah dan turut melayangkan kad merah kepada Muhammad Azam Azmi Murad pada minit ke-62 selepas pengadil dari Jepun itu mendakwa pemain muda Terengganu FC telah melakukan kekasaran ke atas  Doan Van Hau di luar padang.

Kesempatan itu digunakan sebaiknya Que Ngoc Hai untuk menggandakan jaringan selepas Nguyen Tien Linh meletakkan pasukan di depan pada separuh masa pertama sebelum Vietnam melengkapkan kemenangan bergaya 3-0 hasil penyudah Nguyen Hoang Duc menghampiri masa penuh.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia gagal menamatkan kemarau tanpa kemenangan ke atas juara dua kali Piala AFF itu sejak 2014 - tewas tujuh kali dan seri sekali, sementara kejayaan itu membolehkan  Vietnam mendahului saingan Kumpulan B dengan mengumpul enam mata selepas dua perlawanan.

Malaysia kini menduduki tangga kedua selepas mengumpul enam mata diikuti Singapura yang baru melengkapkan dua perlawanan di tempat ketiga (enam mata) manakala Myanmar dan Laos tercorot selepas gagal mengutip sebarang mata. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad