Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sejarah Pencapaian Badminton Negara: Adakah Rekod Cemerlang Bakal Dilakar Pada 2023?

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 8:21PM

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tahun 2022 menjadi momen paling diingati bagi sukan badminton Malaysia apabila ia menyaksikan beberapa acara gemilang berlangsung.

Ada mengatakan kemenangan dilakar pasangan beregu lelaki terkemuka negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pada Kejohanan Dunia Tokyo pada Ogos lalu, mendahului senarai.

Manakala, ada menyatakan bahawa prestasi membanggakan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M Thinaah di Terbuka Perancis dan Sukan Komanwel Birmingham tidak boleh dinafikan.

Norza Zakaria - Gambar fail
Norza Zakaria - Gambar fail

Bercakap kepada The Vibes, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria bagaimanapun menyifatkan 2022 sebagai tahun yang menyaksikan pasukan itu bekerja keras di pentas dunia.

“Ia adalah tahun yang baik untuk kami. Kami memenangi kejuaraan dunia selepas 45 tahun, kami bermain dengan baik di Sukan Komanwel dan pasukan lelaki memenangi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.

“Apatah lagi apabila Pearly-Thinaah menjuarai kejohanan Terbuka Perancis yang tidak pernah dimenangi Malaysia selama 114 tahun.

“Ini adalah momen indah bagi kami, terutama selepas (pengarah kejurulatihan beregu), Rexy Mainaky menyertai pasukan dan kami dapat melihat pemain beregu bertambah baik,” katanya.

Acara bersejarah pertama diraih tahun ini adalah kemenangan pasukan lelaki Malaysia pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Shah Alam pada Februari lalu, iaitu pertama sejak acara itu mula dianjurkan pada 2016, manakala pasukan wanita mara ke separuh akhir.

Pearly Tan dan M Thinaah turut mencatatkan kejayaan yang membanggakan.
Pearly Tan dan M Thinaah turut mencatatkan kejayaan yang membanggakan.

Pencapaian itu melayakkan mereka ke Piala Thomas dan Uber 2022 di Bangkok pada Mei lalu.

Pada Ogos, Aaron-Wooi Yik memenangi kejuaraan dunia beregu lelaki pertama negara sejak kejohanan itu diadakan pada 1977.

Malaysia selangkah menghampiri kejuaraan itu menerusi beregu adik-beradik, Datuk Jalani-Datuk Razif Sidek pada 1987, Datuk Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang (1993), Datuk Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (1997) dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (2010).

Bagaimanapun, mereka tewas di peringkat akhir.

Pada bulan berikutnya, Pearly-Thinaah mencatatkan satu lagi kemenangan bersejarah buat negara apabila memenangi kejuaraan Terbuka Perancis pertama Malaysia bagi kategori beregu wanita sejak kejohanan itu diadakan pada 1908.

Berdasarkan rekod, pasangan beregu wanita Malaysia yang hampir memenangi kejuaraan Super 750, ialah Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang tewas pada final 2008.

Di sebalik itu, pasukan negara turut dikejutkan dengan keputusan pemain kebangsaan dan pemain nombor tujuh dunia, Lee Zii Jia yang mahu meninggalkan kem berkenaan.

BAM mengesahkan peletakan jawatannya selepas menerima surat daripada pemain berusia 24 tahun itu pada 11 Januari lalu, dengan alasan beliau tidak dapat menangani tekanan dan mahu mengejar impiannya mengikut rentak sendiri.

Tidak lama kemudian, mantan jurulatih perseorangan wanita, Indra Wijaya turut mengikut jejak langkah Zii Jia.

Sejak Zii Jia meninggalkan BAM, dia hanya memenangi dua gelaran individu, iaitu Terbuka Thai dan Kejohanan Asia.

Lee Zii Jia
Lee Zii Jia

Lebih mengejutkan, Zii Jia kemudian memecat Indra daripada pasukannya selepas pemain nombor dua dunia itu gagal melayakkan diri ke World Tour Finals pada Disember dan memutuskan untuk meneruskan kerjayanya tanpa jurulatih.

Ini membuatkan penyokongnya tertanya-tanya bagaimana pemain itu akan bersedia memulakan musim baharu dengan kejohanan Super 1000 Terbuka Malaysia pada Januari depan.

Kita hanya boleh tunggu dan lihat.

Eksperimen dan persaingan sihat

Di sebalik kejayaan dan pendedahan yang mengejutkan, 2022 juga menjadi tahun bereksperimentasi dan menyaksikan gandingan baharu. 

Rexy Mainaky
Rexy Mainaky

Berkongsi kisah itu, Norza berkata, BAM melakukan eksperimen dengan pemain beregu campuran berikutan penghijrahan pemain senior, seperti Tan Kian Meng, Lai Pei Jing, Goh Soon Huat dan Shevon Lai.

Rexy turut membuat kejutan apabila menggandingkan Chen Tang Jie dengan Toh Ee Wei untuk kejohanan terakhir tahun ini iaitu Bangladesh International Challenge pada Disember, selepas Tang Jie dan rakan regunya sebelum ini, Peck Yen Wei gagal menghasilkan keputusan baik di Terbuka Jepun pada September lalu.

“Menjelang penghujung tahun ini, kita boleh lihat Ee Wei-Tang Jie menunjukkan kejayaan dalam Bangladesh International Challenge dimenangi mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kejayaan sukan badminton tahun ini adalah hasil hubungan positif antara dua pihak, iaitu pemain BAM dan pemain bebas yang mewujudkan persekitaran persaingan sihat.

“Saya gembira untuk badminton Malaysia kerana ketika saya menjadi Presiden BAM, pemain bebas tidak begitu aktif. Sekarang kita boleh lihat lebih banyak penglibatan daripada yang bermain secara harmoni dengan pemain BAM.

“Mereka adalah semak dan imbang dalam industri badminton kami, yang akhirnya mewujudkan kelebihan daya saing untuk semua pemain,” katanya.

‘Petronas - Penaja Terbesar Dalam Sejarah’

Selain itu, Norza berkata, kejayaan diperoleh pasukan negara itu, tidak mungkin dicapai tanpa pembabitan Petronas sebagai penaja terbesar dalam sejarah badminton Malaysia, sejak penubuhan BAM lebih 70 tahun lalu. 

Kerjasama tiga tahun Petronas bersama BAM memberikan kestabilan kepada badan kebangsaan itu mereka bentuk dan melaksanakan pelan komprehensif untuk Sukan Olimpik.

“Untuk pencapaian utama, dari segi penajaan, saya perlu katakan Petronas.

“Dengan adanya mereka bersama perjuangan kita, ia memberikan kestabilan kepada BAM dan dengan dana diterima, kita boleh merancang dengan betul untuk keseluruhan kitaran Olimpik. 

“Petronas juga menyaksikan pulangan segera kerana ia memberikan pemain seperti Aaron dan Wooi Yik rangsangan untuk memenangi kejuaraan dunia,” katanya.

Penajaan itu juga membolehkan BAM melangkah setapak lagi, iaitu membangunkan skuad remaja elit sebagai program ‘fast-track’ pemain muda Akademi Badminton Malaysia untuk bersaing di kejohanan peringkat senior.

Dengan sokongan baharu itu, Norza menasihati pemain untuk memanfaat dan menggunakan sepenuhnya peluang menjadi pemain lebih baik, selain menghasilkan keputusan cemerlang, tetapi tidak terhad kepada peningkatan kedudukan dunia.

Menggilap Bakat Muda

Penajaan itu juga membolehkan BAM melangkah setapak lagi, iaitu membangunkan skuad remaja elit sebagai program ‘fast-track’ pemain muda Akademi Badminton Malaysia untuk bersaing di kejohanan peringkat senior.
Penajaan itu juga membolehkan BAM melangkah setapak lagi, iaitu membangunkan skuad remaja elit sebagai program ‘fast-track’ pemain muda Akademi Badminton Malaysia untuk bersaing di kejohanan peringkat senior.

Di sebalik kejayaan cemerlang skuad senior itu, Norza mengakui pasukan remaja memerlukan sedikit semangat selepas kekecewaan mereka pada Kejohanan Remaja Dunia, Oktober.

“Wujud kekecewaan dalam prestasi pasukan junior ketika bertanding di Kejohanan Remaja Dunia.

“Tanggungjawab ada pada (Pengarah Pembangunan BAM), Datuk Misbun Sidek dan jurulatihnya untuk membantu memperbaiki prestasi.

“Mereka perlu mengkaji pesaing mereka dengan baik, seperti Korea Selatan, China, Taiwan, Jepun dan Indonesia.

“Ini akan menjadi ‘wake-up call’ untuk Misbun dan pasukannya,” tambah Norza.

Apa Yang Ada Pada Masa Hadapan

Tiada masa untuk dibazirkan kerana hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum 2022 melabuhkan tirainya.

Norza yang menduduki kerusi Presiden BAM sejak April 2017, bertegas mahu melihat beberapa peningkatan dalam badan kebangsaan itu, khususnya membabitkan skuad elit serta perseorangan lelaki dan wanita.

“Kami berharap untuk melihat sedikit peningkatan tahun depan untuk perseorangan wanita. Pada ketika ini, kami masih belum melihat seseorang yang boleh membawa obor.

“Untuk perseorangan lelaki, misi kami adalah untuk melahirkan pemain kedua dan ketiga terbaik selepas Ng Tze Yong,” katanya.

Selepas Malaysia memenangi Kejohanan Dunia beregu lelaki, Norza berkata, dua lagi acara utama perlu menjadi sasaran, iaitu Piala Thomas 2024 dan pingat emas untuk Sukan Olimpik Paris.

Untuk rekod, Malaysia pernah merangkul kejuaraan Piala Thomas sebanyak lima kali, tetapi kali terakhir memenangi kejohanan itu pada 1992 ketika negara menjadi tuan rumah. – The Vibes, 29 Disember 2022

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Semasa 5 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 13 jam yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Semasa 1 jam yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi