Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sorotan: 10 Atlet Terbaik Dunia 2022

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 8:04AM

Lionel Messi turut tersenarai sebagai 10 atlet terbaik dunia 2022 pilihan agensi berita Xinhua. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - Berikut ialah senarai 10 atlet terbaik dunia 2022 yang menjadi pilihan Agensi Berita Xinhua:

1. Gu Ailing (China, ski gaya bebas)

Gu meraih pingat emas dalam acara big air dan halfpipe dan perak dalam acara slopestyle di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, sekali gus muncul sebagai pemain ski gaya bebas pertama yang memenangi tiga pingat dalam tiga acara berbeza dalam satu Sukan Olimpik Musim Sejuk.

2. Lionel Messi (Argentina, bola sepak)

Messi membantu Argentina memenangi Piala Dunia di Qatar selepas 36 tahun dan merangkul Anugerah Bola Emas. Bintang bola sepak ini juga muncul sebagai pemain paling kerap beraksi Piala Dunia dengan 26 penampilan.

3. Irene Schouten (Belanda, speed skating)

Peluncur Belanda Schouten meraih pingat emas dalam acara 3,000m, 5,000m di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing. Pada Mac, Schouten memenangi gelaran Allround di Kejohanan Luncur Ais Dunia di Hamar, Norway.

4. Eliud Kipchoge (Kenya, olahraga)

Kipchoge yang berusia 38 tahun mencatat rekod dunia di Maraton Berlin dengan catatan masa 2 jam, 1 minit dan 9 saat, meleburkan rekod lama yang dipegangnya dari 2018. 

5. Armand Duplantis (Sweden, olahraga)

Duplantis memecahkan rekod dunia lompat bergalah lelaki sebanyak tiga kali pada musim 2022, memenangi 18 daripada 19 pertandingan yang disertainya dan melepasi lompatan setinggi enam meter sebanyak 23 kali. Beliau memperbaharui rekod dunia dengan 6.21 meter pada Kejohanan Olahraga Dunia pada Julai.

Karim Benzema - Gambar AFP
Karim Benzema - Gambar AFP

6. Karim Benzema (Perancis, bola sepak)

Benzema merangkul Ballon d'Or 2022 selepas aksi cemerlang bersama Real Madrid yang menyaksikan gergasi Sepanyol itu memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara UEFA. Beliau juga muncul sebagai penjaring terbanyak dalam kedua-dua kejohanan domestik dan benua.

Rafael Nadal - Gambar AFP
Rafael Nadal - Gambar AFP

7. Rafael Nadal (Sepanyol, tenis)

Nadal merangkul gelaran ke-14 Terbuka Perancis menjadikannya pemain pertama dalam era kejohanan Terbuka yang memenangi 22 gelaran Grand Slam. 

8. Katie Ledecky (Amerika Syarikat, renang)

Ledecky memenangi 800m gaya bebas wanita di Kejohanan Dunia FINA di Budapest untuk merangkul kejuaraan kelima berturut-turut dalam acara itu. Dalam kejohanan ini, pemain berusia 25 tahun itu merangkul empat pingat emas dan turut memecahkan rekod dunia dalam acara 1,500m dan 800m gaya bebas.

9. Iga Swiatek (Poland, tenis)

Swiatek memenangi lapan kejuaraan termasuk Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada 2022. Pemain berusia 21 tahun itu menamatkan musim ini sebagai pemaian wanita No.1 dunia. 

Max Verstappen - Gambar AFP
Max Verstappen - Gambar AFP

10. Max Verstappen (Belanda, Formula Satu)

Verstappen dari Red Bull muncul sebagai juara dunia selepas memenangi Grand Prix Jepun 2022. Beliau meraih rekod kemenangan ke-14 dalam satu musim F1 dengan menjuarai Grand Prix Mexico City, mengatasi rekod 13 kemenangan yang dipegang Michael Schumacher dan Sebastian Vettel. Kemenangan yang dicapai Verstappen di Abu Dhabi menjadikan ia kejuaraan ke-15 yang diperoleh dalam satu musim. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Raya Mengejut, Tunku Azizah 'Bersengkang Mata' Masak Juadah

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Gegar Barat Indonesia, Ribuan Penduduk Melarikan Diri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KWSP Umum Dividen: Konvensional 5.35%, Syariah 4.75%, Rendah Berbanding 2021

4

Politik 1 tahun yang lalu

Zahid Syor UMNO Laksana 3 Perubahan, ‘Tangkap’ Anak Muda

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 14 jam yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter