Berita Terkini

4 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Salt Bae Raikan Kemenangan Argentina, Sentuh Piala Dunia: FIFA Mulakan Siasatan

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 5:20PM

Nusret Gokce atau dikenali sebagai ‘Salt Bae’ - Gambar Instagram @nusr_et

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan akan mengambil tindakan terhadap kakitangan Piala Dunia 2022, susulan isu seorang cef, Nusret Gokce atau dikenali sebagai ‘Salt Bae’ dibenarkan masuk ke padang bagi meraikan kemenangan Argentina pada perlawanan akhir pertandingan itu Ahad lalu.

Difahamkan, siasatan itu dibuat bagi mengetahui bagaimana individu terbabit boleh menyentuh trofi Piala Dunia, memegang pingat ahli pasukan Argentina di Stadium Lusail, Qatar yang jelas melanggar peraturan dan protokol FIFA.

Menurut media dalam talian sukan, Sky Sports, cef itu tidak sepatutnya dibenarkan memasuki kawasan padang dan FIFA kini turut menjalankan siasatan dalaman mengenai bagaimana beliau boleh ‘melepasi sempadan antara pemain dan penonton’.

“FIFA sedang menyiasat bagaimana individu (cef) ini mendapat akses tidak patut dimilikinya untuk masuk ke padang untuk meraikan kemenangan Argentina bersama pasukan itu.

“Tindakan dalaman sewajarnya akan diambil,” menurut jurucakap FIFA seperti dilaporkan BBC Sport.

Terdahulu, Salt Bae memuat naik beberapa foto beliau meraikan kemenangan Argentina bersama pemain pasukan itu di Instagramnya, sebelum ia tular.

Menerusi gambar dikongsikan itu, beliau yang memakai sut berwarna kelabu dengan bertali leher dilihat memegang, menjulang dan mencium Piala Dunia, selain bergambar bersama beberapa pemain Argentina, termasuk Lionel Messi.

Beliau turut bertindak menggigit pingat seorang pemain ketika bergambar.

Namun, tindakan Salt Bae itu dikecam ramai yang menyifatkan beliau tidak mempunyai hak berbuat demikian memandangkannya bukan ahli skuad bola sepak Argentina.

Malah ada netizen menganggap beliau seorang individu tidak tahu menghormati privasi, biadap dan bersikap berlebihan.

“Siapa anda untuk menyentuh trofi itu,” kata seorang pengguna bernama Zar.

“Meletakkan anugerah orang lain di mulut anda adalah perkara yang tidak sepatutnya dan berhenti memegang trofi itu…,” komen Stephii.

“Berhenti mengikuti media sosialnya,” tulis Sergiu.

“Siapa suruh lelaki ini menggigit pingat juara sedangkan dia adalah tukang masak?” soal Andhikadh.

“Anda tiada kaitan dengan trofi itu, kenapa anda sentuhnya. Memalukan,” ujar Tushar.

Sementara itu, menerusi video tular di media sosial, kelihatan pemain penyerang Argentina, Lionel Messi seolah-olah tidak selesa apabila Salt Bae ketika lelaki itu mendekatinya.

Menerusi video berdurasi 9 saat itu, cef terbabit menegur dan bersalaman dengan pemain berkenaan, tetapi respons diberikan kepadanya ‘hambar’.

Lionel Messi hanya memandang sekilas wajahnya dan bersalaman, sambil tetap meraikan kejayaan bersama rakan pasukan.

Bagaimanapun, menerusi satu foto, kelihatan Salt Bae dapat merakamkan gambar bersama pemain itu sambil bersalam dengan reaksi wajah Lionel Messi dilihat seperti kurang bersedia – Getaran, 23 Disember 2022

Sorotan

1

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

2

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

3

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

4

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

5

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

6

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Kuantan Ada Masalah Kesihatan – Polis

Sukan 6 jam yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Semasa 1 hari yang lalu

Jurutera Awam Dituduh Bersubahat, Babitkan Penipuan Pembayaran Hampir RM20,000

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 3 jam yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM