web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harimau Malaya Teruskan Rentak, Benam Maldives 3-0

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 7:00AM

Darren meraikan jaringannya menentang Maldives. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia meneruskan rentak kemenangan aksi pemanas badan menjelang saingan Piala AFF 2022, apabila membenam Maldives 3-0 pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Ketua jurulatih Kim Pan Gon melakukan rombakan besar terhadap kesebelasan utama dengan hanya mengekalkan empat pemain ketika membelasah Kemboja 4-0 pada aksi pemanas badan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lepas.

Penyokong Harimau Malaya hadir memberi sokongan padu. - Gambar oleh Azim Rahman
Penyokong Harimau Malaya hadir memberi sokongan padu. - Gambar oleh Azim Rahman

Malaysia sudah mula mengasak benteng Maldives seawal wisel permulaan, tetapi peluang terbaik dicipta pada minit ke-11 menerusi Darren Lok hasil lorongan Brendan Gan, yang telah dipatahkan oleh penjaga gawang Hussain Shareef.

Selepas serangan bertali arus, skuad Harimau Malaya berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-24 menerusi Darren, apabila barisan pertahanan Maldives sedikit leka tanpa mengawal penyerang itu, yang menyudahkan hantaran kapten Muhammad Safawi Rasid.

Skuad Harimau Malaya yang menghuni ranking ke-146 dunia, kemudian mendapat peluang untuk menggandakan jaringan apabila pengadil Sivakorn Pu-Udom menghadiahkan sepakan percuma berdekatan kotak penalti ke atas kekasaran pemain Maldives, namun percubaan Muhammad Safawi sedikit melewati palang gol.

Bersambung babak kedua, Malaysia berjaya meningkatkan jurang menerusi jaringan Muhammad Faisal Abdul Halim pada minit ke-64, apabila pemain tengah itu berjaya melakukan larian solo untuk menewaskan Hussain di hadapan lebih 6,000 penyokong.

Jaringan itu jelas menyemarakkan semangat Muhammad Faisal, yang dikenali sebagai Mickey, apabila beliau berjaya mencipta dua percubaan menerusi gerakan tangkasnya, namun tandukan pada minit ke-68 tersasar, manakala rembatan tiga minit kemudian diselamatkan penjaga gol.

Pemain Malaysia memberi penghormatan kepada penyokong yang hadir menyaksikan aksi persahabatan menentang Maldives. - Gambar oleh Azim Rahman
Pemain Malaysia memberi penghormatan kepada penyokong yang hadir menyaksikan aksi persahabatan menentang Maldives. - Gambar oleh Azim Rahman

Pemain naturalisasi negara Lee Tuck, yang dibawa masuk menggantikan Muhammad Safawi, menggegarkan palang menerusi tandukan deras pada minit ke-85, sebelum melengkapkan gol ketiga skuad negara hasil hantaran Muhammad Azam Azmi Murad tiga minit kemudian.

Pan Gon dijangka mengumumkan skuad 23 pemain daripada senarai 28 sedia ada untuk menghadapi Piala AFF dalam masa terdekat.

Harimau Malaya akan memulakan kempen Kumpulan B mereka di Piala AFF dengan ke Yangon bagi bertemu Myanmar pada 21 Disember, diikuti perlawanan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Kim Pan Gon Tinggalkan Harimau Malaya

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad