web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Dunia: Arab Saudi Kejutkan Argentina Dengan Jaringan 2-1

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 7:31AM

Lionel Messi - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUSAIL - Dua gol memukau pada awal separuh masa kedua hasil jaringan Arab Saudi memberi kejutan besar kepada pasukan Argentina yang kecundang dengan kedudukan 2-1 pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2022.

Gol itu hasil rembatan Saleh Al-Shehri dan Salem Al-Dawsari dalam perlawanan yang disaksikan kira-kira 88,000 penyokong, di Stadium Lusail, di Doha, lapor Agensi Berita Yonhap . 

Argentina memperoleh gol pertama menerusi tendangan penalti oleh Lionel Messi pada minit ke-10 perlawanan. 

Arab Saudi dianggap sebagai pasukan bukan pilihan dan sebaik Messi selesai menyempurnakan sepakan penaltinya, ramai seolah-olah sudah menjangka Argentina bakal menguasai perlawanan.

Dalam perlawanan itu menyaksikan tiga jaringan gol Argentina tidak dikira kerana ofsaid termasuk satu hasil rembatan Messi. 

Arab Saudi membuka tirai jaringan pada minit ketiga separuh masa kedua menerusi jaringan Saleh Al-Shehri. Lima minit kemudian, Arab Saudi mendahului 2-1 selepas rembatan kaki kanan Salem Al-Dawsari membolosi gawang lawan.  

Pada masa tambahan, pemain pertahanan Arab Saudi Abdulelah Al-Amri berjaya menanduk keluar rembatan pemain Argentina. 

Kemeriahan Piala Dunia akan diteruskan dengan pasukan Australia dijadual menentang juara bertahan Perancis pada malam Selasa.

Jepun pula akan memulakan aksi Kumpulan E bertemu Jerman pada Rabu diikuti Korea Selatan dalam Kumpulan H menentang Uruguay pada Khamis. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad