web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Tamatkan Penantian 39 Tahun Julang Piala Sultan Azlan Shah

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 7:00AM

Malaysia berjaya membalas dendam atas kekalahan 2-1 kepada Korea Selatan di Piala Asia pada Mei. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Skuad hoki kebangsaan melakar sejarah apabila menjulang Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama apabila menewaskan penyandang juara Korea Selatan 3-2 dalam aksi final penuh mendebarkan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini, malam tadi.

Kemenangan tersebut sekali gus menamatkan penantian 39 tahun Speedy Tigers untuk bergelar juara selepas kali terakhir layak ke peringkat akhir pada 2014, namun tumpas kepada Australia 8-3.

Kejayaan dilakar skuad kendalian A Arul Selvaraj itu juga berjaya membalas dendam atas kekalahan 2-1 kepada Korea Selatan yang mengecewakan impian Malaysia merangkul Piala Asia di Jakarta, Mei lepas.

Pada aksi malam tadi, Malaysia terlebih dahulu berada di hadapan apabila Shello Silverius menyempurnakan gol padang pada minit ke-14, sebelum Jang Jonghyun mengikat kedudukan 1-1 seminit kemudian.

Malaysia yang berada di ranking ke-10 dunia terus mengatur gerakan dan hasilnya pengadil Raghu Prasad menghadiahkan pukulan penalti kepada Malaysia pada minit ke-44, yang disempurnakan oleh Muhammad Razie Abdul Rahim untuk menewaskan penjaga gawang Korea Selatan, Kim Jaehyeon.

Ketinggalan satu gol, Korea Selatan terus mengasak untuk gol penyamaan namun benteng pertahanan Malaysia yang diketuai Muhammad Hafizuddin Othman berjaya menghalang serangan pasukan lawan.

Sebaliknya, semangat pemain Malaysia terus membara untuk memburu gol dan berjaya menambah jaringan pada minit ke-48 menerusi Muhammad Aminuddin Mohd Zain, sebelum anak buah Kim Byung Hoon merapatkan kedudukan pada minit ke-57 menerusi Jeon Byungjin.

Kedudukan 3-2 berpihak kepada Malaysia itu kekal sehingga wisel penamat.

Pencapaian terbaik Malaysia sejak kali pertama kejohanan ini dianjurkan pada 1983 adalah menduduki tempat kedua sebanyak lima kali iaitu pada edisi 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang turut berangkat menyaksikan perlawanan tersebut berkenan menyampaikan trofi kepada Malaysia.

Sementara itu, Pakistan menduduki tempat ketiga setelah menewaskan Jepun 5-3 semalam manakala Mesir menamatkan kempen di tempat kelima dengan mengalahkan Afrika Selatan 2-1. - Bernama

Senarai Anugerah:

Juara: Malaysia

Naib Juara: Korea Selatan

Ketiga: Pakistan

Pemain Terbaik Perlawanan: Muhammad Razie Abdul Rahim (Malaysia)

Penjaga Gol Terbaik: Muhammad Hafizuddin Othman (Malaysia)

Penjaring Terbanyak: Muhammad Razie Abdul Rahim (17 gol) (Malaysia)

Pemain Terbaik Kejohanan: Shello Silverius (Malaysia)

Fair Play (Piala Raja Ashman Shah): Jepun

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad