web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mohamad Zikri, Nur Jannaton Atlet Terbaik Para Sukma 2022

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 6:39AM

Mohammad Zakaria (kiri) dan Nur Jannaton bergambar bersama trofi yang dimenangi mereka ketika Majlis Perasmian Penutupan Sukan Para Sukma XX MSN 2022 di sebuah hotel hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Atlet olahraga Mohamad Zikri Zakaria dan pemanah compound Nur Jannaton Abdul Jalil, masing-masing dinobatkan sebagai Atlet Lelaki dan Wanita Terbaik temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2022 pada Majlis Perasmian Penutupan malam tadi.

Mohamad Zikri dari Perak dipilih sebagai atlet terbaik atas kejayaannya merangkul tiga pingat emas menerusi acara lempar cakera, merejam lembing dan lontar peluru F55 (berkerusi roda), kesemuanya dengan memecahkan rekod temasya.

Atlet berusia 23 tahun itu mencatatkan rekod baharu lempar cakera dengan lemparan sejauh 22.75 meter (m) mengatasi catatan lama 18.45m, rekod merejam lembing dengan 20.97m (18.26m) dan rekod lontar peluru dengan jarak 9.61m (7.26m).

Pencapaian lontar peluru meletakkan beliau di kedudukan kedua Asia serta kedudukan keempat bagi dua acara lain, sekali gus menjadikannya sebagai pencabar podium di Sukan Asia Hangzhou dan atlet pilihan juara di Sukan Para ASEAN (APG) Kemboja, tahun depan.

Nur Jannaton, 27, juga dari Perak turut merangkul tiga emas menerusi acara 50m individu, pusingan Olimpik Individu dan acara 50m pasukan campuran bersama Zafi Rahman Mat Saleh.

Panahan cemerlang itu berjaya meletakkan Nur Jannaton dalam senarai 25 atlet terbaik dunia dan antara lima terbaik Asia untuk acara compound wanita.

Sementara itu, kontinjen Sabah secara rasminya dinobatkan juara keseluruhan buat julung-julung kalinya selepas meraih 54 pingat emas, 36 perak dan 35 gangsa pada temasya kali ini yang berlangsung selama enam hari sejak Selasa lepas.

Juara bertahan Sarawak, terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kedua dengan buruan 50 emas, 47 perak dan 49 gangsa, diikuti Johor di tempat ketiga dengan 38 emas, 30 perak dan 25 gangsa.

Sarawak merupakan kontinjen paling berjaya dalam Para Sukma apabila muncul juara keseluruhan 13 kali berturut-turut.

Ketika edisi terakhir di Perak pada 2018, Sarawak mengumpul 61 pingat emas, 62 perak dan 60 gangsa manakala Sabah menamatkan saingan di tempat kedua (36-28-30).

Seramai 1,315 atlet mewakili 15 kontinjen bersaing merebut 290 pingat emas yang ditawarkan dalam 10 jenis sukan - boccia, renang, badminton, catur, boling padang, memanah, olahraga, ping pong, powerlifting dan tenpin boling..

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker. Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D.Shahriman Zaharuddin serta Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad