web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Azizulhasni Beraksi Di Mallorca Bulan Depan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 4:47PM

Azizulhasni Awang - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas enam bulan berehat susulan pembedahan jantung, jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal bertanding di Liga Juara-Juara Trek Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada 12 November hingga 3 Disember ini.

Azizulhasni menerusi akaun Twitter rasminya berkata beliau diundang oleh UCI untuk menyertai kejohanan Sprint League yang akan bermula di Mallorca, Sepanyol pada 12 Nov, diikuti di Berlin, Jerman (19 Nov), Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis (26 Nov) serta dua perlawanan di London, United Kingdom pada 2 dan 3 Dis. 

“Saya tidak sabar untuk mengenakan semula pakaian lumba dan beraksi di hadapan anda semua,” katanya.

Antara 18 pelumba yang akan bertanding pada perlumbaan itu adalah juara Olimpik Harrie Lavreysen dari Belanda, pemenang emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 Matthew Richardson dari Australia dan bekas juara dunia Stefan Botticher dari Jerman. 

Kejohanan itu adalah perlumbaan sulung “The ‘Pocket Rocketman” itu selepas menyumbang perak buat Malaysia menerusi acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020, tahun lepas.

Pelumba berusia 34 tahun dari Dungun itu akan kembali berlatih selepas menjalani proses pemulihan selama enam bulan susulan pembedahan jantung pada April. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: 'The Pocket Rocketman' Fokus Keirin Selepas Akhiri Acara Pecut 

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Bersara Dengan Tenang Jika Berjaya Rangkul Emas Di Olimpik Paris

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Cabaran Azizulhasni, Shah Firdaus Dalam Acara Pecut Berakhir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam