web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SOJC: Malaysia Terus Berputih Mata, Kecundang 0-8 Di Tangan Australia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 7:58AM

Malaysia kecundang kepada Australia 0-8 malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Malaysia terus berputih mata selepas gagal meraih sebarang mata apabila dikecewakan 0-8 kepada Australia yang berpesta gol pada perlawanan hari kedua Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya, di sini, malam tadi.

Pada awal perlawanan, skuad remaja negara tampil bersemangat dan agresif, malah pemain pertahanan Muhammad Faris Harizan, Wan Muhammad Najmie Ahmad Dzaib, T. Perabu, Azmilmuizzudin Misron dan penjaga gol Mohamad Rafaizul Mohamad Saini berjaya menggagalkan tiga percubaan pukulan sudut penalti yang diperoleh pasukan pelawat pada suku pertama.

Namun, barisan hadapan skuad remaja negara gagal menemukan rentak setiap kali menyerang menyebabkan percubaan untuk jaringan tidak dapat disempurnakan.

Pada minit ke-19 suku kedua, skuad hoki pelawat kendalian Jay Stacy berjaya memecah kebuntuan menerusi gol padang pertama hasil jaringan Liam Hart dan terus bangkit dengan jaringan kedua menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Jake Lambeth.

Pada minit ke-36 dan ke-44 Australia yang pernah menjadi juara kejohanan itu pada 2016 dan 2017 terus menjaringkan gol masing-masing menerusi David Hubbard dan pukulan sudut penalti yang disempurnakan Cooper Burns, hasil pukulan Hart.

Semangat anak-anak buah Muhamad Amin Rahim dilihat terus merudum pada suku keempat, sehingga Australia berjaya menjaringkan dua gol padang berselang dua minit, hasil pukulan Hart pada minit ke-47 dan Jack Holland pada minit ke-49.

Berbaki lima minit sebelum wisel penamat, Burns sekali gus mencipta hatrik selepas dua kali menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-55 dan ke-58, sebelum rakan sepasukan Brodee Foster menjaringkan gol padang yang juga gol kelapan bagi Australia, seminit kemudian.

Pada aksi pembuka tirai semalam, Malaysia terpaksa akur dengan kekuatan naib juara edisi kesembilan, India, apabila tewas 2-5.

Sementara itu, Jepun yang membuat kemunculan kali kelima pada kejohanan itu, memperoleh tiga mata pertama selepas mengejutkan juara bertahan 2019 Great Britain dengan 2-1.

Pasukan matahari terbit itu mendapat dua gol padang pada suku pertama dan kedua, menerusi Hiro Saito pada minit ke-17 dan Tsubasa Tanaka pada minit ke-27 manakala gol tunggal pasukan kendalian Jon Bleby dijaringkan Max Anderson seminit sebelum babak suku kedua berakhir.

Turut mencipta kejutan ialah pasukan Afrika Selatan yang berjaya mengalahkan pasukan pilihan, India, 5-4 dalam perlawanan kedua mereka pada kejohanan ini.

Perlawanan akan bersambung pada Selasa dengan Great Britain bertemu Australia; Jepun berdepan India dan tuan rumah menentang Afrika Selatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar