web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bagnaia Tawan Litar Sepang, Hanya Selangkah Untuk Muncul Juara Dunia Di Valencia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 5:45PM

Francesco Bagnaia meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini, hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia, memperagakan tunggangan cemerlang untuk mencerahkan peluang merangkul kejuaraan dunia MotoGP musim ini apabila menjuarai Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini, hari ini.

Pelumba Itali, selaku pendahulu kelas perdana, memulakan perlumbaan dari petak kesembilan dan mula mendahului saingan dengan baki enam pusingan sebelum melintasi garisan penamat dengan catatan 40 minit 14.332 saat (s).

Enea Bastianini (kiri) menduduki tempat kedua diikuti Fabio Quartararo (kanan).
Enea Bastianini (kiri) menduduki tempat kedua diikuti Fabio Quartararo (kanan).

Pelumba senegara, Enea Bastianini (Gresini Racing) hanya ketinggalan 0.270s  untuk menduduki tempat kedua diikuti, penyandang juara dunia, Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) dengan catatan masa 40:17.105s.

Bagnaia akan dinobatkan selaku juara dunia buat kali pertama dalam kerjayanya jika dia berjaya menamatkan saingan sekurang-kurangnya di tempat ke-13 atau lebih rendah pada perlumbaan kemuncak musim 2022 di GP Valencia, Sepanyol pada 16 November ini.

Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia
Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia

“Pertama sekali, saya ingin mengatakan bahawa saya melakukan permulaan terbaik dalam hidup saya kerana ia adalah sempurna. Saya mengambil sedikit risiko untuk berada di kelompok utama pada selekoh pertama.

“Hari ini pasukan melaklukan tugas dengan amat baik sekali dan ini adalah kemenangan ketujuh musim ini,” kata Bagnaia, yang dikenali ‘Pecco’ selepas perlumbaan tersebut.

Sebagai rekod, Pecco menamatkan saingan di tempat ke-12 pada edisi 2019 di sini, setahun selepas menjuarai kelas Moto2 dunia pada 2018 dengan tempat ketiga di Sepang.

Sementara itu, pelumba nombor dua dalam senarai kelas MotoGP musim ini, Quartararo, berkata beliau berasa bangga selepas kembali menaiki podium apabila menduduki tempat kedua pada GP Austria, Ogos lalu.

“Saya memberi terbaik hari ini walaupun menyedari kehilangan masa apabila memulakan saingan di petak ke-12. Bagaimanapun. kita membawa penentuan perebutan gelaran juara dunia di Valencia walaupun peluang memintas Pecco adalah tipis,” kata pelumba Perancis berusia 23 tahun itu.

Sementara itu, juara dunia enam kali, Marc Marquez (Repsol Honda) menduduki tangga ketujuh selepas mencatatkan masa 40:28.636s manakala pemenang petak utama, Jorge Martin (Prima Pramac) dari Sepanyol terbabas di pusingan ketujuh. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad