web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala AFC: AL Seeb Lebur Impian KL City

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 9:43PM

KL City FC tewas kepada Kelab Al Seeb dari Oman dengan jaringan 0-3 dalam aksi final Piala AFC 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Hasrat Kuala Lumpur (KL) City  FC untuk menempa sejarah muncul juara Asia lebur selepas tumpas 0-3 kepada Kelab Al Seeb dari Oman dalam aksi final Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam ini.

Sebaliknya, Al Seeb melakar sejarah menjadi pasukan pertama dari Oman merangkul piala berprestij itu serta hadiah berjumlah US$1.5 juta (kira-kira RM7.1 juta) dalam penampilan sulung dalam pertandingan tersebut.

KL City FC membawa pulang hadiah wang tunai US$750,000 (RM3.5 juta).

Walaupun tewas, pujian harus diberikan kepada KL City FC  susulan pencapaian mereka muncul kelab kedua dari Malaysia mara ke final Piala AFC selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) melakukannya pada 2015 yang menyaksikan Harimau Selatan muncul juara, menewaskan Istiklol dari Tajikistan 1-0.

Dalam  aksi final di hadapan 27, 722 penonton, KL City FC terlebih dahulu mencemaskan Al Seeb namun sepakan pemain tengah Zhafri Yahya dinafikan penjaga gol, Ahmed Faraj Al Rawahi pada minit ke-18.

Selang empat minit kemudian, juara Liga Profesional Oman itu mengejutkan tuan rumah apabila sepakan sudut diambil tonggak serangan Ali Sulaiman Al-Busaidi gagal dibaca penjaga gol, Kevin Ray Mendoza, seterusnya menyaksikan bola terus menerjah jaring untuk gol pembukaan pelawat.

Pasukan kendalian Rasheed Jabar Al-Yafai yang terus mengasak kubu skuad bimbingan Bojan Hodak berpeluang menambah jaringan kedua sebelum rembatan jarak jauh Daniel Ajibola ditepis Mendoza pada minit ke-35.

Bagaimanapun, Al Seeb melenyapkan sorakan penyokong ‘The City Boys’ seketika apabila hantaran Salaah Said Al Yahyaei ditanduk penyerang Abdul Aziz Humaid Al Muqbaili untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-37 dan kedudukan itu kekal sehingga separuh masa pertama tamat.

KL City FC, yang meningkatkan tempo permainan pada 10 minit pertama sejurus babak kedua bersambung berpeluang menyamakan kedudukan namun sepakan percuma lemah diambil ketua pasukan, Paulo Josue tepat ke dakapan Ahmed Faraj pada minit ke-56.

Hujan renyai yang membahasahi padang ternyata menjejaskan rentak permainan juara bertahan Piala Malaysia itu dengan Al Seeb menggunakan kesempatan tersebut untuk menambah derita tuan rumah, hasil sepakan padu dari jarak dekat oleh Muhsen Al Ghassani bagi gol ketiga pasukannya pada minit ke-69.

Biarpun ketinggalan dengan jaringan agak besar, situasi itu ternyata tidak mematahkan skuad warga kota untuk sekurang-kurangnya mencari gol sagu hati sehingga menyaksikan percubaan Paolo Josue pada minit ke-90 dipatahkan Ahmed Faraj. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad