web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JDT Julang Trofi Liga Super Dalam Acara Gilang-Gemilang

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 7:53AM

Pemain JDT meraikan kemenangan menjuarai Liga Super buat kali kesembilan tahun berturut-turut selepas perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang trofi kejuaraan Liga Super 2022 kali kesembilan dalam sambutan gilang-gemilang di hadapan kira-kira 35,000 penyokong yang memenuhi Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Stadium keramat Skuad Harimau Selatan diterangi percikan bunga api dan persembahan cahaya laser berwarna-warni selain persembahan artis antarabangsa Jason Derulo.

Detik memukau itu berlaku sejurus Kapten Pasukan JDT Mohd Farizal Marlias bersama Ketua Jurulatih Hector Bidoglio menjulang piala berprestij berkenaan sebelum disusuli sorakan rakan sepasukan.

Momen bersejarah itu disaksikan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan.

Turut berkenan menyaksikan aksi terakhir Liga Super menentang Sabah dan sambutan malam tadi ialah pemilik JDT Tunku mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Skuad Harimau Selatan mempamerkan aksi dominan musim ini dengan mengumpul 56 mata serta mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 22 perlawanan.

Sambutan meraikan kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut itu turut menampilkan pasukan JDT II, atlet cemerlang Sukan Malaysia (Sukma) Johor, Akademi JDT, Pasukan Hoki Ais JDT, Johor Jewels (Bola Jaring), Johor Tigris (Sepak Takraw) dan pemain ragbi negeri.

JDT II memenangi Liga Premier 2022 manakala kontinjen Sukma Johor 2022 muncul juara keseluruhan buat kali pertama dalam sejarah 36 tahun temasya Sukma dianjurkan.

Pasukan Hoki Ais JDT memenangi Weekend Warriors League; Johor Jewels membawa pulang Sooka Netball Super League; Johor Tigris menjuarai Piala Tun Ali manakala skuad ragbi memenangi empat kejohanan peringkat umur.

Juara Liga Super diberikan slot automatik ke saingan Liga Juara Juara AFC 2023 (ACL), manakala naib juara Liga Super dan juara Piala Malaysia berpeluang beraksi dalam saingan Piala AFC 2023. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad