web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Patung Lilin Bintang Badminton Negara, Lee Chong Wei Dipamerkan Di Singapura

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 6:59AM

Lee Chong Wei bergambar bersama dengan patung lilinnya yang dipamerkan di Singapura. - Gambar ihsan Madame Tussauds Singapura

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Madame Tussauds Singapura semalam mempamerkan patung lilin bekas pemain badminton no.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

“Kami berbangga dipilih sebagai Madame Tussauds pertama yang mempamerkan Lee, seorang bintang sukan terbaik di rantau ini, kini berada di Singapura, dan berdiri sebaris dengan nama-nama tersohor dalam 'Hall of Fame' Sukan di sini," kata pengurus besar Madame Tussauds Steven Chung di laman sesawangnya.

“Legenda sukan adalah individu yang mengagumkan, mereka memiliki keupayaan unik untuk menawan hati peminat dan memberi inspirasi kepada generasi muda dari seluruh dunia,” tambah Chung.

Patung lilin Lee akan dipamerkan di Madame Tussauds Singapura sehingga suku pertama 2023 dan akan dipindahkan secara kekal ke Madame Tussauds Hong Kong.

Lee Chong Wei merupakan satu nama yang cukup terkenal di Malaysia dan menjadi atlet pertama dari negara itu yang dipamerkan di dewan Madame Tussauds.

Patung lilinnya akan dipamerkan bersama atlet terkemuka dunia termasuk pemain bola sepak legenda Cristiano Ronaldo dan David Beckham.

Laman sesawang itu menyebut Lee layak berada di Hall of Fame kerana mencatat rekod sebagai pemain badminton terbaik di dunia selama 349 minggu dan berada di tempat teratas selama 199 minggu berturut-turut.

Memenangi 69 gelaran siri super, beliau juga mewakili Malaysia sebagai duta muhibah UNICEF, menurut laman sesawang itu. 

Pada November 2019, Pasukan Madame Tussauds mengambil masa selama enam jam untuk mendapatkan 200 ukuran Lee yang dilakukan dengan penuh teliti.

Menjadikan patung lilin itu lebih istimewa, Lee menyumbangkan jersi rasmi yang dipakai beliau dalam penampilan terakhirnya di Sukan Olimpik di Rio 2016, katanya.

Laman sesawang itu juga memuat naik beberapa gambar Lee termasuk di sisi patung lilinnya di Madame Tussauds Singapura, dan ketika bersama peminatnya pada sesi Bertemu Peminat.

Sementara itu, Lee berkata beliau sangat teruja kerana akhirnya dapat mendedahkan patung lilinnya kepada peminat dari seluruh dunia. “Banyak masa dan usaha telah diluangkan oleh pasukan di Madame Tussauds. Mereka begitu teliti dalam tugas menyiapkan patung saya dan saya sangat berterima kasih atas peluang ini,” kata Lee.

Menurut Madame Tussauds Singapore, syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly adalah rakan kongsi rasmi untuk pelancaran itu.

Peminat yang ingin melihat patung lilin Lee boleh melayari laman sesawang Madame Tussauds Singapore di www.madametussauds.com/singapore untuk membeli tiket sebelum patung lilin itu terbang ke Hong Kong dan kekal dipamerkan di sana. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad