web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JDT Hampiri Musim Tanpa Kalah

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 7:00AM

Pemain JDT, Ignacio Insa Bohigues (bawah, kanan) diasak pemain Kedah Darul Aman FC, Muhammad Khairu Azrin Khazali dan Mohmoud Nayef Ahmad Almardi pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara Liga Super 2022 Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan rekod tanpa kalahnya kepada 21 perlawanan selepas menang bergaya 4-1 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri malam tadi.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, skuad Harimau Selatan terlebih dahulu dikejutkan Sang Kenari hasil penyudah Wanja Ronald Ngah pada minit ke-45 sebelum JDT bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Bergson Da Silva pada minit ke-50.

Gol kedua pasukan bimbingan Hector Bidoglio hadir pada minit ke-63 menerusi jaringan sepakan separa voli penyerang kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad dalam kotak penalti selepas menerima hantaran Mohd Afiq Fazail.

Muhammad Syafiq yang merupakan bekas pemain Kedah terus menguatkan cengkaman JDT dengan  gol ketiga pada minit ke-68, sebelum Bergson menambah derita pasukan pelawat dengan jaringan keduanya pada minit ke-89 sekali gus mencipta rekod baharu penjaring liga dengan mengumpul keseluruhan 27 gol.

Keputusan itu sekali gus meletakkan pasukan JDT hanya satu perlawanan lagi bagi mengulangi pencapaian musim 2016 iaitu menamatkan musim sebagai pasukan tidak dapat dikalahkan, setelah mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut awal bulan ini.

Sementara itu, perebutan tempat kedua dan ketiga antara Sabah FC, Negeri Sembilan dan Terengganu FC bagi mengesahkan tempat ke Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2023 terus rancak dengan hanya berbaki satu perlawanan perlu ditempuhi selepas masing-masing melakar kemenangan.

Sabah berjaya mengutip tiga mata penuh selepas mengatasi Sri Pahang FC 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Setelah separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, babak kedua bersambung dengan aksi lebih sengit dan mengujakan apabila ketiga-tiga gol hadir pada penghujung perlawanan yang menyaksikan Andres Steven Rodriguez menanduk masuk bola untuk gol pertama pasukan tuan rumah pada minit ke-85.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee bangkit menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi pemain pertahanan kebangsaan Dominic Tan pada minit ke-89 sebelum Park Tae-Su meledak gol kemenangan pada masa kecederaan permainan untuk mengesahkan kemenangan skuad Sang Badak.

Pada masa sama, selepas mencatat kemenangan ke atas KDA FC minggu lepas, Negeri Sembilan FC sekali lagi mengulangi kecemerlangan dengan menewaskan Melaka United FC 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sekali gus terus mencabar kedudukan kelompok tiga pasukan teratas.

Skuad Hobin Jang Hobin bermula garang sebaik perlawanan bermula dengan asakan bertali arus ke kubu pertahanan Melaka United sebelum berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-34 hasil tandukan Ketua Pasukan Nasrullah Haniff Johan hasil satu sepakan sudut.

Pemain import, Gustavo Almeida Dos Santos meletakkan Negeri Sembilan selesa mendahului 2-0 selepas meledak jaringan pada minit ke-86 dan kedudukan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Terengganu FC (TFC) turut meraih tiga mata berharga selepas menundukkan Kuala Lumpur (KL) City FC 2-1 dengan jaringan Tchetche Kipre pada masa kecederaan babak pertama menjadi penentu kemenangan Skuad Penyu.

Terdahulu Manuel Ott meletakkan TFC di hadadapan pada minit ke-39 sebelum skuad bimbingan Mohd Nafuzi Mohd Zain selesa mendahului hasil penyudah Kipre, namun KL City FC berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi Romel Morales pada minit ke-64.

Dalam pada itu, jaringan tunggal Hein Htet Aung pada minit ke-71 memastikan Selangor FC meneruskan rentak kemenangan di bawah kendalian bekas Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Tan Cheng Hoe dan naik ke kedudukan kelima selepas mengatasi cabaran Sarawak United FC 1-0 di Stadium Negeri, Kuching.

Petaling Jaya (PJ) City FC pula menewaskan pasukan tercorot Penang FC 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad