web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mendoza Wira KL City, Cipta Sejarah Layak Ke Final Piala AFC

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 7:25AM

KL City FC cipta sejarah dengan menumpaskan kelab Uzbekistan, PFC Sogdiana pada final antara zon Piala AFC 2022, 5-3, menerusi sepakan penalti, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Piala Malaysia, Kuala Lumpur (KL) City FC mencipta sejarah dengan menumpaskan kelab Uzbekistan, PFC Sogdiana pada final antara zon Piala AFC 2022, 5-3, menerusi sepakan penalti, semalam.

Pada aksi di Kompleks Sukan Sogdiana itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan itu sebelum juara ditentukan menerusi sepakan penalti.

Kejayaan sensasi dilakar anak buah Bojan Hodak itu menyaksikan mereka layak ke final Piala AFC 2022 buat kali pertama  apabila dijadual bertemu Al Seeb pada 22 Okt ini selepas wakil Oman itu  membelasah kelab Bahrain, Al Riffa, 4-0,  pada aksi final zon barat semalam.

Perlawanan tersebut menyaksikan penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza layak diangkat wira pasukannya apabila menampilkan aksi cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya tuan rumah termasuk sepakan kedua penalti pemain pertahanan kanan, Shakhboz Jurabekov.

Skuad warga kota itu jelas tenang melepasi detik genting tersebut apabila berjaya menyempurnakan kelima-lima sepakan penalti menerusi ketua pasukan, Paulo Josue, Romel Morales, Muhammad Hadin Azman, Muhammad Akram Mahinan dan Giancarlo Gallifuoco.

Terdahulu, Sogdiana yang menerima sokongan padu penyokong mereka, menguasai babak pertama namun gagal menjelmakan sebarang gol diharapkan apabila barisan pertahanan KL City berjaya menyerap tekanan pasukan bimbingan Ulugbek Bakayev.

Peluang terbaik Sogdiana hadir menerusi sepakan percuma pemain pertahanan kanan, Jurabekov pada minit ke-20 disusuli percubaan dari luar kotak penalti oleh tonggak serangan, Jasur Khasanov, pada minit ke-44 namun ditangkap kemas Mendoza.

Bersambung babak kedua, KL City berpeluang berada di depan namun tandukan Morales, hasil daripada sepakan percuma ketua pasukan Paulo Josue diselamatkan penjaga gol Sogdiana, Milan Mitrovic pada minit ke-64 sebelum Mendoza menepis keluar tandukan pemain simpanan, Shavkat Salomov, selang tiga minit kemudian.

Penyerang Shokhruz Norkhonov mensia-siakan peluang untuk menghasilkan jaringan apabila percubaan jarak dekatnya melambung tinggi pada minit ke-85 manakala Mendoza menafikan rembatan padu Khasanov pada minit ketiga masa kecederaan dan kedudukan tanpa jaringan menyebabkan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.

Aksi menakjubkan Mendoza diteruskan pada masa tambahan apabila beliau menyelamatkan dua percubaan iaitu tandukan Jurabekov pada minit keenam diikuti sepakan padu dari luar kotak penalti oleh Javokhir Kakhramanov pada minit ke-106, sekali gus memastikan pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Juara sembilan kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang berjaya menjuarai Piala AFC pada 2015 dengan menumpaskan pasukan dari Tajikistan, Istiklol, 1-0. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

2

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Belasah NSFC 3-0

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Mohamad Faisal Digantung 4 Bulan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Lelaki Mahu Serah Piala Kepada Pemimpin Dipilih Perdana Menteri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi