Berita Terkini

3 jam yang lalu: Majlis pengurniaan surat cara lantikan dan angkat sumpah jawatan MB Pahang pada esok di Istana Abu Bakar - Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang 3 jam yang lalu: Pemangku Raja Pahang berkenan lantik Wan Rosdy sebagai Menteri Besar - Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang 3 jam yang lalu: Pemangku Raja Pahang perkenan pembentukan kerajaan negeri daripada BN dan PH - Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang 3 jam yang lalu: Tiada cuti khas pada hari pengundian Parlimen Padang Serai - MB Kedah 4 jam yang lalu: 5 maut helikopter terhempas di Korea Selatan

IKUTI KAMI


Mana 'Hilangnya' Mohamadou Sumareh?

Sukan Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 5:54PM

Mohamadou Sumareh (kiri) ketika beraksi dalam satu perlawanan baru-baru ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegagalan menstabilkan emosi dilihat sebagai faktor utama yang masih menghalang pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh, kembali mencapai tahap prestasi terbaik pada kejohanan Piala Raja Thailand di Chiang Mai baru-baru ini.

Penganalisis sukan dan pemerhati bola sepak tempatan Dr Pekan Ramli berkata pemain sayap tersebut, berusaha keras di padang untuk membuktikan sesuatu, namun keinginan itu menyebabkannya gagal mengawal emosi sehingga melakukan kesilapan-kesilapan mudah.

Beliau berkata perkara itu diburukkan lagi apabila pemain kelahiran Gambia itu, masih gagal berada pada tahap prestasi sebenar selain kekurangan minit permainan kompetitif, berikutan persaingan hebat antara pemain handalan di Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Apabila dia (Sumareh) gagal dapatkan minit permainan, makin sukar untuk dia dapatkan kembali prestasi walaupun masih diberi peluang oleh ketua jurulatih Kim Pan Gon dalam skuad kebangsaan.

“Apabila seseorang pemain makin lama makin tertekan, jadi dia makin susah nak dapatkan prestasi terbaik. Ini yang saya nampak berlaku pada Sumareh,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Malaysia muncul naib juara kejohanan Piala Raja Thailand edisi ke-48 selepas tewas 0-3 kepada Tajikistan, dalam penentuan sepakan penalti setelah aksi 90 minit berakhir tanpa jaringan di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, semalam.

Biarpun skuad Harimau Malaya muncul naib juara, penampilan Sumareh terutamanya ketika berhadapan Tajikistan mendapat kritikan peminat, selepas beraksi di bawah prestasi sebenar dengan dilihat seakan-akan hilang arah dalam taktikal Pan Gon.

Malah Sumareh juga hampir membawa padah kepada Harimau Malaya, kerana terjahan keras beliau ke atas pemain lawan pada penghujung separuh masa pertama, namun pemain kelahiran Gambia itu bernasib baik apabila tidak dilayangkan kad kuning kedua.

Pan Gon kemudiannya mengantikan beliau dengan Mohamad Faisal Abdul Halim pada babak kedua perlawanan.

Sebelum ini pada perlawanan pertama Malaysia menentang Thailand, Sumareh masuk mengantikan Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-68 perlawanan, namun kehadirannya tidak banyak memberikan impak pada Harimau Malaya.

Bagaimanapun, disebalik semua itu Pekan percaya di usia 28 tahun, Sumareh mampu kembali ke prestasi terbaik, dengan syarat beliau perlu menggandakan usaha untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama JDT, bagi mendapatkan minit permainan sekali gus mengurangkan segala tekanan perasaan dan emosi. 

“Kalau masih gagal juga saya tidak nampak pilihan lain selain dia kena pergi ke pasukan lain yang boleh beri dia tempat sebagai pemain utama.

“Saya juga percaya, jika Sumareh berjaya mencapai prestasi terbaik, sumbangannya bakal memberi impak besar kepada prestasi pasukan negara secara keseluruhan,” katanya.

Pekan berkata masalah prestasi Sumareh bukan sahaja perlu diatasi oleh pemain itu seorang, tetapi peluang juga harus diberikan oleh Pan Gon sehinggalah tiada pilihan selain menggugurkannya selepas memberikan banyak peluang namun gagal menyerlah.

Sumareh merupakan pemain naturalisasi pertama negara selepas mendapat taraf kerakyatan Malaysia pada April 2018 dan berdasarkan rekod bekas pemain Pahang itu telah menjaringkan lebih tujuh gol sejak membuat penampilan sulung bersama skuad Harimau Malaya pada Oktober 2018. - Bernama

Sorotan

1

Piala Malaysia: Stadium Nasional Bertukar Lautan Merah-Biru, Merah-Kuning

2

Warkah Sebak Muhyiddin, ‘Saya Insan Biasa, Punya Rasa Kecewa Tapi Redha’

3

SME Corp Perkasa PKS Menerusi Anugerah E50

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Malaysia: Stadium Nasional Bertukar Lautan Merah-Biru, Merah-Kuning

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Disengat Tebuan Di Miri

Semasa 13 jam yang lalu

Petisyen Minta Kembalikan Maszlee Ke KPM Dilancar

oleh Fitri Nizam

Semasa 13 jam yang lalu

PM Bermesyuarat Bersama Jabatan, Agensi Kerajaan Fokus Isu Kos Sara Hidup